Friday, November 13, 2009

:: Ingatan BUat Diri Sendiri ::

Salam.. Ayah masih berjaga, sambil siapkan Kertas Tugasan PTK... Sambil jua menonton Separuh Akhir Muzik2.. Hehe.. Sempat lagi tu..

Ibu dan Madihah dah slamat beradu di dalam kamar tidur.. Jimmy lena disisi ayah, setia yang tidak pernah berubah.. Dia kian selesa dan seronok di rumah baru..

Xsabar rasanya nak siapkan kertas tugasan ni.. Mr Ayoi n d geng p tgk citer 2012 mlm ni.. Uiihh jelesnyer.. Siap je keje ayah nak lepas geram menonton siri 2 dan 3 Supernatural yg dh berhabuk dalam almari..

Mmm.. Tgh2 surf mencari idea,ayah terjumpa 'post' ni dalam satu forum.. Simple but menyedarkan.. Bacala..

Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Peringatan buat diri sendiri.. Yang selalu alpa dan lalai.. Ya Allah ampunilah daku..

:: DiLeMMa ::

Salam.. ayah tika ini masih di opis.. Masih ada kerja yang belum beres.. Masih ada tugasan PTK yang belum bersentuh meskipun perlu dihantar Isnin depan..


Risau memang risau tapi malangnya minda ini tepu dari segala idea yang bernas.. Tak ada mood.. Tak ada motivasi.. Puas dah ayah mencuba dan memerah otak mencari kalau2 ada ilham yang mungkin singgah.. Malangnya kebuntuan pula yang datang..


Sebabnya??.. Itupun ayah xpunya jawapan.. Sis Nuni dan Mr. Ayoi dh sampai masa untuk naik pangkat.. Sebagai kawan ayah tumpang gembira.. TAHNIAH buat mereka itteww.. Setidak2nya itu petanda yang batch ayah akan menyusul nanti.. Cuma kapasiti di tempat ayah hanya mungkin punya satu tempat kosong untuk jawatan mendatang mereka.. Makna nya salah seorang atau kedua-dua mereka PASTI bertukar ke tempat lain..


Tinggal ayah di sini.. Tinggal Jumi.. Tinggal Kak Why..


Mr. Ayoi mungkin pergi.. Sis Nuni mungkin pergi.. Kak Zalinah akan pergi.. Kak Min akan pergi..


Kegembiraan.. Keceriaan.. Dan kemeriahan sesi Lepas GeRRaMM di ruang ini pasti hilang.. Sedehnya..


Apa la nasib ayah nanti..


Uhhhhh.. Feningzzzzzzzzz....


Friday, November 6, 2009

:: Third Anniversary ::

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana dengan izinNya ayah masih di sini.. Memberi khidmat bakti pada Malaysia yang dikasihi.. Hari ini, 6 November 2009 genap 3 TAHUN ayah bergelar kakitangan kerajaan..

Bukan jangkamasa yang panjang tapi banyak pengalaman suka dan duka yang ayah alami selama tiga tahun berkenaan.. Bekerja bukan seperti belajar.. Kalau study kita biasanya akan fokus dan jika berusaha gigih, Insya Allah kejayaan menanti kita di penghujungnya.. Tapi bekerja, ranjau dan duri pasti mengiringi langkah2 kita.. Benarlah kata org tua, bukan senang mencari walau sesuap nasi..

Banyak kelemahan yang perlu ayah baiki.. Tumpuan mudah sangat hilang, mungkin sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlukan perhatian.. Yang paling ayah sedar, sukarnya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan anak sulung dalam masa yang sama.. Tapi bila rasa tertekan dan lemah semangat, ayah selalu pujuk hati sendiri agar sabar dan Allah sendiri telah berfirman yang Dia tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya melainkan hamba itu mampu memikulnya..

Alhamdulillah Ma dan Abah, Mak,n Adik2 selalu di sisi ketika ayah memerlukan tunjuk ajar mereka.. Dan yang utama syukur pada Allah, Ibu sentiasa bersama ayah tika susah dan senang.. Bergaduh itu adat rumahtangga, yang penting kita sama2 baiki keadaan agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.. Buah hati ayah, Nur Madihah - inspirasi dan pendorong ayah dalam memperbaiki kehidupan keluarga kita..

Kengkawan seopis - Sis Nuni, Mr. Ayoi, Jumi n Sis 'Why' - Thanks for your support.. Telatah kalian menghilangkan segala kepeningan di opis tu.. Hehe.. Semoga silaturahim yang terbina tiada penghujungnya..

Semoga masa hadapan lebih baik dan cemerlang.. Dan lulus la hendaknya Paper Generik PTK ni.. Xsabo2 nak ikut jejak geng2 naik pangkat.. Aminn...


Harap2 la xoverwork smpi cmtu plak.. Hehe..

Wednesday, October 21, 2009

:: JiMMy Yg SuNyi.. ::

Salam.. Lama dah rasanya ayah (dh upgrade??... No more ayah2B??.. Nanti kiter citer yer..) tak post entry kat blog ni.. Penyakit yang sama, yang biasa - SIBUK!!.. Kadang2 ada masa terluang cuma idea yang xkunjung datang...

Selepas bulan Syawal baru2 ni, banyak sungguh peristiwa yang menjelma.. Tak menang tangan rasanya ayah untuk menangani semuanya pada satu masa.. Baik soal pejabat, soal keluarga - berlegar2 dalam fikiran sampai ayah xtahu nak fokus yang mana dulu..

Sekarang ni ayah dan family menetap di apartmen adik ayah, di Putrajaya.. Manakala rumah di Equine sedang dalam proses pengemaskinian.. So most of the days ayah akan balik ke sana sebelah malam atau hujung minggu untuk sambung membungkus barang.. Tinggal la JiMMy keseorangan..

Sian dia.. Lama dah xjumpa ibu.. Pantang nampak ayah balik, pasti nak menggesel2 minta digosok dan didukung.. Hari tu ayah kurung dia dalam sangkar tapi sebab dia cirit birit ayah biar dia berkeliaran.. Dia hanya akan dapat masuk rumah biler ayah balik jer..

Akibatnya dia dah pandai panjat ke bumbung tingkat atas dan masuk umah melalui pintu tingkap bilik air yang terbuka.. Tinggi tu.. Tapi yelah.. Mungkin selama ni dia dah biasa terperap dan tido kat dalam umah dengan kami.. Keluar biler nak pi-pi, po-po n mengawan jer..

So sebagai new alternative - ayah letak makanan, air, n pasir toilet dia dalam bilik air tu.. So biler2 masa dia boleh masuk dan makan and panjat keluar balik.. Sabar la Jimmy ya.. X lama dah.. Insya Allah lepas ni kita sama2 pindah ke rumah baru.. Semoga dia xterasa diabaikan.. Kasih sayang ayah dan ibu xpenah hilang atau berkurang biarpun kita dah ada ahli keluarga yang baru..

Ni gambar dia yang ayah tangkap semalam.. Dia memang kalau nak tido mesti nak geser dgn ayah atau ibu and mesti sebahagian badan dia - muka/telinga/ekor kene dkt kulit kitaorg.. Kalau tak, mesti dia susah nak lena n xsenang duduk..

Jimmy.. Jimmy.. Xpenah berubah.. Manja betul..

Hahh.. Kan dah lena.. Nak jugak tanga gebusss ayah ni jadi pelapik..
Sabar la sayang ekk.. Nanti ayah kemas umah cepat2.. Kita pindah umah baru ekk..

Friday, September 18, 2009

SeLaMaT HaRI RaYER

Salam.. Di kesempatan ini ayah2B dan ibu2B ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan atas segala salah dan silap kami..

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu satu kekuatan untuk menempuhi cabaran yang mendatang..

Alhamdulillah, Aidilfitri kian menjelang.. Raikanlah dengan penuh kesyukuran.. Jangan dilupa pada golongan susah dan anak yatim..

Hati2 di jalanraya.. Mulakan perjalanan dengan doa mohon Allah lindungi kita dari sebarang perkara buruk.. Berehat la ketika mengantuk.. Biar Lambat asal SELAMAT..

Terima kasih dan penghargaan jua buat para pelanggan BLINK2LaDY.. Sokongan anda amat kami hargai.. Semoga terus setia menyokong kami.. Pasti mengerlip di Aidilfitri..

Akhir sekali, doakan ibu2B selamat bersalin.. Anak kami selamat dilahirkan dengan sihat walafiat.. ayah2B memang berdebar menantikan saat ini.. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..

Akhiru kalam - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN


** Terima kasih kepada tuan punya poster raya kerana benarkan ayah2B publish kat blog ni.. Thanks ya!!

Tuesday, September 8, 2009

Kepala Yang Kecelaruan..

Salam.. Lama dah ayah2B xhapdet blog ni.. Sibuk banget!!.. Opis dengan 5s nyer.. Im not really remember about that 5's' meaning but personally I dont feel any impact of it!!.. Some more it makes my life more chaotic and miserable.. Banyak sangat benda and dokumen yang perlu DIISIH dan DIBUANG.. Yahh ayah2B mengaku sepatutnya kita perlu ada some kind of method utk menguruskan harta menda kita di opis but not that drastic!

Last week ayah2B dapat call dari Unit Kuarters saying that Ive got one!! Alhamdulillah.. Cuma kunci xdapat lagi.. Rumah tu stil under maintenance for utmost 2 months.. Seronok and risau - bercampur baur di dalam kepala.. Apa yang merisaukan adalah - ibu2B yang dah nak masuk 35 minggu bersalin and kami kene pindah at the same time??!!.. UUrrgghhh.. Kurus den dibueknyooo..

ayah2B hanya bertawakal, semoga semua urusan dipermudahkan.. Skang ni pun ibu2B dah start packing mana yang blh.. Sedeh sebenarnya nak tinggalkan rumah dekat Taman Lestari Putra ni.. Tuan rumah yang amat baik hati n amik berat (million thnks to Mr. Yeoh n Madam Yee) - Siap attend kenduri kawen kitaorg lagi walaupun masa tu baru je kenal.. Example of 1Malaysia..

Mula hidup sebagai suami isteri - 3 tahun yang sudah dcni.. Hampir dapat 2 baby pun kat cni.. Mula bela our cute and adorable cat - Mr. Jimmy pun dcni.. Ada neibor yang very kind - Fadil and Lydia, almost nak due juga xlama lagi.. Banyak lagi kenangan lain.. Tapi yelah.. Apa lah daya kita untuk menahan takdir.. Kehidupan mesti diteruskan.. Semuanya akan dikenang sehingga ke akhir hayat..

This week ayah2B kene settlekan 5s tu.. Pasni nak kene pack barang-bwa ibu2B pi checkup n Darul Syifaq nak minta air selusuh also kene prepare for kelahiran cahaya mata kami yang sekian lama ditunggu.. Hari Raya??!! Akan disambut seadanya..

Hepi Birthday to Amir Nasser!!.. Semoga jadi anak yang soleh.. Bahagiakan ummi dan abi yer..

Juga diumumkan dengan rasminya - on9 bisnes kami telah pun mula beroperasi!!
Lawatilah http://blink2lady.blogspot.com - Penjual brooch/kerongsang paling MELETOPPSS di abad ini!!


Jumpa lagi.. Daa..

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Salam.. Dikesempatan ini ayah2B ingin mengucapkan:


"SeLamaT MenyamBuT BulaN RaMaDHan Al-MuBaraK"


Semoga ibadah puasa kita lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Sesungguhnya Ramadhan merupakan bulan keampuanan.. Mudah2an Allah sudi mengampunkan segala dosa kita dan meredhai kehidupan kita dunia dan akhirat... Aminnn..

Kepada ma-abah dan mak, Yung mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran kata atau perlakuan.. Halalkan semuanya.. Nanti kita berbuka sama2 ya..

Kepada ibu2B, saya nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Sememangnya banyak lagi kekurangan saya sebagai suami.. Semoga rumahtangga kita makin berseri dgn kehadiran baby nanti.. Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya..

Kepada adik2 ku.. Tabah lah mengharungi kehidupan ini.. Kisah kita masih panjang.. Anggap saja apa yang telah berlaku sebagai pengajaran dan iktibar buat kita.. Jangan putus asa.. Allah sentiasa bersama dengan hamba2Nya yg sabar..

Buat kengkawan.. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat waktu susah dan senang.. Biar jarak dan masa menjadi pemisah.. Namun Insya Allah, kenangan tetap abadi dalam ingatan.. Semoga semuanya beroleh kejayaan dunia dan akhirat.. Maafkan segala khilaf dan halalkan semuanya ya..

Salam ramadhan..
Psssttt.. Berdebar juga ni.. ibu2B dah dekat 9 bulan..

New Personal Stuff II

Salam.. Misi mencari KAMERA diteruskan.. Semalam ayah2B pun menunggu la panggilan dari Danial-Trainee Sony yang very derr baguss tu.. Tapi rupa2nya memang dah xada stok, dia propose model Alpha SLR 330 or 230 pulak.. So terpaksa la kami mencari di tempat lain, sian trainee tu..

Mr Ayoi mencadangkan kami cuba survey on Nikon plak.. Model yang menarik perhatian adalah SLR D40, D60 dan D80.. Bila dah banding2 kami berkenan dekat model D80.. So berkat usaha ibu2B surfing kat Internet - ada 1 kedai di Alamanda - Fotokem, yang ada jual model tersebut..

Lepas keje kami terus ke Alamanda dgn ayah2B diserang cirit birit yg agak serius.. Sampai cramp jugak la p**gg**g dibuatnya.. Wahaha.. Sampai je di kedai tu, salesman tu terangkan perbezaan Sony, Nikon, Olympus and Canon..

Atlast, kami berkenan dekat -Nikon SLR D5000- yang baru je launch bulan April yang lalu.. Puas hati la tgk features dia dan amat sesuai utk beginner seperti kami ni..

Yang bessnyer kedai ni baik banget.. Siap bagi diskaun n menda2 free.. Antaranya..



Tripod Panasonic...

Payung Nikon Coolpix - Canggih gler design payung ni..

Nikon Coolpix - Travel Kit Bag.. Comei2..

Sony Paper Bag - Cantekk bangett.. ibu2B siap mintak extra 1 beg lagi tu..

Original Nikon Camera Bag..

Free Album Book (Print n Bind) - Worth about RM 130.. Blh wat album baby nanti..


So inilh dia rupa Nikon SLR D5000.. Btw gambo2 ni sumer ayah2B guna hp jer tau.. Belum guna kamera ni lagi..

Pandangan hadapan..

Pandangan atas..

Charger-TV cabel-USB cabel..

Kotak dia.. Hehe..

Yang ni aksesori tambahan.. Dia bg diskaun la.. Screen protector-Lens protector-Memory card 16Gb.. Sumer tu lepas diskaun dekat RM450..

Alhamdulillah.. Dapat juga kamera idaman.. Tak blh la tunjuk gambo byk2 nanti org kata riak plak.. Palis.. Palis.. Kalo nak tgk search jer Nikon D5000...

Semoga kamera ni membantu online bizz kami nanti.. Yang penting - Kene Guna!!.. Kalau idak sia2 la duit ribu-riban itteww... Tunggu pengumuman online bizz kami!!- BLINK2Lady!! Daa..

New Personal Stuff Part I

Salam.. Semenjak balik kursus ni aktiviti ayah2B memang caca marba sket.. Kerja2 opis yg stil pending memerlukan perhatian segera sedangkan mood ayah2B belum stable.. Mahu atau tak kene buat jugakan.. Tertekannya...

Dalam masa yang sama ayah2B ada projek online bizz dengan Sis Nuni.. ibu2B pulak jadi auditor dan online adminnya.. Apa yg hendak dijual Biar lah Rahsia dulu ekk.. Nanti jgn lupa bg sokongan tau!!

Antara equipment yang diperlukan adalah KAMERA.. Dah cuba kamera Sis Nuni, ayah2B dan juga opis (hehe.. pinjam sat jerr).. But at the end, we stil unsatisfied with the quality of the picture.. So last 2 days, ayah2B n ibu2B went to Jusco Equine looking for desklamp a.k.a study lamp as additional backup light..

But finally the plan has totally changed.. Due to the desklamp price that worth around RM 150 -RM 200, we thought better to get a new CAMERA.. Besides for bisnes, we can use it to take our little baby picture as wel.. Hehe.. So we went to Sony outlet..

The store trainee treated us so well.. He proposed us to buy alpha SLR, series 200 or 350.. Looking at the price, both of it worth around RM 2000 t0 RM 3300.. Pretty expensive but the performance is superb, so valuable to own one.. Eventually we choosed alpha SLR 350 but so unlucky they dont have new unit anymore.. So the customer-friendly trainee promised us to get the camera from other outlet by tomorow..

To be continued..

Monday, August 17, 2009

Brooch

Try to post this brooch pic (using .PNG).. C how it wud appear..

Insya Allah.. Kisah baru.. Perjalanan baru akan bermula selepas ini.. Ya Allah mudah2an Kau berkati usaha kami.. Kurniakanlah kami rezeki yang halal .. Aminn.. BLINK2Lady...