Friday, November 13, 2009

:: Ingatan BUat Diri Sendiri ::

Salam.. Ayah masih berjaga, sambil siapkan Kertas Tugasan PTK... Sambil jua menonton Separuh Akhir Muzik2.. Hehe.. Sempat lagi tu..

Ibu dan Madihah dah slamat beradu di dalam kamar tidur.. Jimmy lena disisi ayah, setia yang tidak pernah berubah.. Dia kian selesa dan seronok di rumah baru..

Xsabar rasanya nak siapkan kertas tugasan ni.. Mr Ayoi n d geng p tgk citer 2012 mlm ni.. Uiihh jelesnyer.. Siap je keje ayah nak lepas geram menonton siri 2 dan 3 Supernatural yg dh berhabuk dalam almari..

Mmm.. Tgh2 surf mencari idea,ayah terjumpa 'post' ni dalam satu forum.. Simple but menyedarkan.. Bacala..

Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Peringatan buat diri sendiri.. Yang selalu alpa dan lalai.. Ya Allah ampunilah daku..

:: DiLeMMa ::

Salam.. ayah tika ini masih di opis.. Masih ada kerja yang belum beres.. Masih ada tugasan PTK yang belum bersentuh meskipun perlu dihantar Isnin depan..


Risau memang risau tapi malangnya minda ini tepu dari segala idea yang bernas.. Tak ada mood.. Tak ada motivasi.. Puas dah ayah mencuba dan memerah otak mencari kalau2 ada ilham yang mungkin singgah.. Malangnya kebuntuan pula yang datang..


Sebabnya??.. Itupun ayah xpunya jawapan.. Sis Nuni dan Mr. Ayoi dh sampai masa untuk naik pangkat.. Sebagai kawan ayah tumpang gembira.. TAHNIAH buat mereka itteww.. Setidak2nya itu petanda yang batch ayah akan menyusul nanti.. Cuma kapasiti di tempat ayah hanya mungkin punya satu tempat kosong untuk jawatan mendatang mereka.. Makna nya salah seorang atau kedua-dua mereka PASTI bertukar ke tempat lain..


Tinggal ayah di sini.. Tinggal Jumi.. Tinggal Kak Why..


Mr. Ayoi mungkin pergi.. Sis Nuni mungkin pergi.. Kak Zalinah akan pergi.. Kak Min akan pergi..


Kegembiraan.. Keceriaan.. Dan kemeriahan sesi Lepas GeRRaMM di ruang ini pasti hilang.. Sedehnya..


Apa la nasib ayah nanti..


Uhhhhh.. Feningzzzzzzzzz....


Friday, November 6, 2009

:: Third Anniversary ::

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana dengan izinNya ayah masih di sini.. Memberi khidmat bakti pada Malaysia yang dikasihi.. Hari ini, 6 November 2009 genap 3 TAHUN ayah bergelar kakitangan kerajaan..

Bukan jangkamasa yang panjang tapi banyak pengalaman suka dan duka yang ayah alami selama tiga tahun berkenaan.. Bekerja bukan seperti belajar.. Kalau study kita biasanya akan fokus dan jika berusaha gigih, Insya Allah kejayaan menanti kita di penghujungnya.. Tapi bekerja, ranjau dan duri pasti mengiringi langkah2 kita.. Benarlah kata org tua, bukan senang mencari walau sesuap nasi..

Banyak kelemahan yang perlu ayah baiki.. Tumpuan mudah sangat hilang, mungkin sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlukan perhatian.. Yang paling ayah sedar, sukarnya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan anak sulung dalam masa yang sama.. Tapi bila rasa tertekan dan lemah semangat, ayah selalu pujuk hati sendiri agar sabar dan Allah sendiri telah berfirman yang Dia tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya melainkan hamba itu mampu memikulnya..

Alhamdulillah Ma dan Abah, Mak,n Adik2 selalu di sisi ketika ayah memerlukan tunjuk ajar mereka.. Dan yang utama syukur pada Allah, Ibu sentiasa bersama ayah tika susah dan senang.. Bergaduh itu adat rumahtangga, yang penting kita sama2 baiki keadaan agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.. Buah hati ayah, Nur Madihah - inspirasi dan pendorong ayah dalam memperbaiki kehidupan keluarga kita..

Kengkawan seopis - Sis Nuni, Mr. Ayoi, Jumi n Sis 'Why' - Thanks for your support.. Telatah kalian menghilangkan segala kepeningan di opis tu.. Hehe.. Semoga silaturahim yang terbina tiada penghujungnya..

Semoga masa hadapan lebih baik dan cemerlang.. Dan lulus la hendaknya Paper Generik PTK ni.. Xsabo2 nak ikut jejak geng2 naik pangkat.. Aminn...


Harap2 la xoverwork smpi cmtu plak.. Hehe..