Showing posts with label Jalan2CariMakan. Show all posts
Showing posts with label Jalan2CariMakan. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

SuSHi @ Carre Four Alamanda

Assalamualaikum.. More about SuSHi.. Kalau aritu ayah2B try dkt SUSHI KING RESTAURANT, kali ni ayah2B tapau jer kat Carefour Alamanda.. Konon2nya dah terer, maka dh blh pilih sendiri, yakin sedap dan lazat..

Aduss juling bijik2 mata ayah2B tgk option sushi yg ada.. Macam2 kaler n perisa..Mak cik promoter pun bukan main, layan ayah2B baekk giler..

Actually banyak menda baru pasal sushi yang ayah2B blajo dari dia.. Dasat oo, nampak jer makcik tu macam tu.. Master of Sushi!!.. As she explained to me, for those yang baru nak cuba2 makan sushi, California SuShi is the best option.. Dlm sushi tu ada timun, crab stick pampered wth Japanese rice.. Gambo xsempat nak snap la..

Selain tu dia ajar juga makna2 nama sushi yang ada kat ctu.. Chuka idako maki - Sotong dalam bentuk roll.. Chuka Kurage - Jelly fish sushi.. Fukahire - Shark fin sushi.. Indigo - Sushi telur udang.. Unagi - Sushi belut.. Uuiii susah juga nama2 tu.. Kalah exam PTK.. Hehe..


Ni la antara sushi yang ayah2B tapau malam tu.. Rasa dia so-so jer.. Especially on dia punya freshness, memang tak sesegar sushi king la.. Tapi padan la dgn harga dia - jimat banget berbanding dengan sushi king.. Tepuk dada tanya selera!!!.. Daa..

Wednesday, July 15, 2009

SuSHi @ Sushi King Restaurant

Salam.. ayah2B nak citer sket pasal pengalaman makan sushi kali ni.. Sebenarnya nak kata minat sangat tak la jugak.. Tapi kadang2 ayah2B teringin juga nak makan.. So one day tu ayah2B dengan ibu2B gi la makan kat restoren sushi king kat Jaya Jusco Taman Equine..

Suasana dan mood dalam restoren tu mak oiii very kondusif dan aman.. Sunyi dan senyap jer.. Tak ada bunyi sudu berlaga atau suara2 orang yang berborak xhengat dunia.. Aman dan tenteram.. Sushi2 tu akan lalu atas landasan dia.. Di hujung landasan ada sorang yang bertugas untuk buat sushi dan letak atas landasannya.. Kita just pickup mana2 sushi yang kita nak.. Harga sushi adalah berdasarkan warna piring sushi tu, ada hijau-biru-oren.. Nice way of serving food.. Very impressive..

ayah2B amik few sushis, ice lemon tea, mee curry..

Basic sushi - crab meat with rice

Sedap juga - Janggut Sotong (half cook) - Chukaidako sushi

Yang ini pon not bad - Lupa dah nama dia tapi ada rice ball, and yang satu lagi tu pegedeljepun sushi.. Hehe.. Lupa la nama dia.. Sedap sangat..

Yang ni curry me - Ada sweet corns, spinach and fish.. ayah2B masa makan mee ni berangan jadi Naruto tengah makan ramen.. Hehe.. Teringat kat Kiong n Nadia - Depa yang introduce Naruto kat ayah2B.. Semoga sumer berjaya yer..


ibu2B plak order unagi set.. ayah2B berani tengok jer.. Biarpun dipelawa berkali2 ayah2B belum berani cuba.. Takut nak makan ooo.. Belut tu..

One thing yang kita perlu tau pasal sushi ni, bukan sumernya tak masak 100% but some ada yang half cook.. Bergantung pada resipi tu.. Overall okey la pengalaman makan kat Sushi King ni, for all ayah2B kene bayar around RM75++ la.. Mahal sket tap worthit la.. Jumpa lagi..

Sunday, July 12, 2009

Roti Canai Marveless..

Salam.. Sambungan misi mencari roti canai yang TERGEBUSSS dan TERGARINGGSS.. Pagi ni ibu2B ajak pi pasar borong (24 jam) Seri Kembangan yang very der luass itteww.. Kul sepuluh baru kami pergi.. Hehe.. Lepas terlewat bangun akibat berkaraoke malam tadi sampai pukul empat pagi.. Nasib baik tak ada batu bata terbang singgah ke sliding door kami.. Ini sumer influenza dari Mr Ayoi, Sis Nuni n Adik (my younger sister).. Mereka tu dah superb, level merdu jer suara biler karaoke.. ayah2B dan ibu2B baru blajo, nak check suara kuar ke tak kat mic pun problem, biler ayah2B tanya ibu2B, dia dgn konpidennya kata kluar2.. ayah2B pun nyanyi la lagu Inteam dgn khusyuk.. Tiba2 baru perasan, mic tu tak on pun, macam mana ibu2B blh kata tadi suara kluar kat speaker.. Konpiusss2!!.. ibu2B hanya ketawa mengekek.. Hehe.. Lps dah jammed telinga dengar suara sendiri, psg citer Wall-E.. Tapi rasanya robot wall-e tu yg tgk kami.. ZZzzzz..

Sampai je di psr, cari daging.. ibu2B nak masak rendang.. Huh sedapnya.. Beli sikit bebola daging, perut dan paru lembu.. Ingat nak suruh ibu2B masak sup campur besok.. Isk2 belum apa2 rasa nak meleleh air liur ayah2B.. Rosak lagi program diet kali ni..

Lepas selesai beli barang kami singgah la di satu kedai yang ada jual roti canai dan ramai orang.. Dengan hipotesis awal - Pelanggan ramai + Ada roti canai = Roti canai marveless... So order la 2 kpg utk ayah2B dan 1 kpg utk ibu2B.. Lama juga menunggu, siap servant tu kena marah lagi dgn pembuat roti canai sbb hantar roti ke customer yg salah.. ayah2B tengok gelagat pembuat roti canai tu macam siri Naked Chef kat Astro.. Garang n berlagak.. Harus kerr??.. Kang jadi chef yang di'naked'kan baru tau.. Haha..

Finally sampai juga order kami.. Masuk je suapan pertama ke molot, uuuhhhhhhhhh... Yummy.. Inilah roti canai yang dicari.. Sedap-Gebusss-Garingss.. Kuah dal dia pun okey.. Hehe nak tahu, kami tambah order lagi lepas tu, ayah2B lagi 2 kpg, ibu2B pun konon2nya mampu, minta juga 2 kpg.. Lepas tu tak larat, makan 1 suku keping jer, yang lain cam biasa ayah2B la kene tlg habiskan.. Anyway total of all, 7 KEPING Roti Canai kami kerjakan!! Huwah2.. Waktu bayar, staf kaunter siap tanya lagi - Roti canai 7 kpg??!! Banyaknyer.. Bungkus ker??.. ayah2B slumber je ngangguk.. Eleh, kita bagi kedai dia untung lebih, be thankful la kan.. ayah2B jelingz jer..

So for those yang nk try, pegi la Psr Borong Selangor, kat Equine Park Seri Kembangan.. ayah2B sempat snap gambo kedai tu curi2.. Roti canai dia memang GEBUSS dan Garingss.. Rasa dia huh marvelesss.. melitus.. hibiscus.. Hehe.. Cuba la, berbaloi..


Balik je umah, masa tgh angkat barang, ayah2B dengar ibu2B jerit kat dalam umah.. Tgk2, alamak Jimmy Kebabomm lagi!!.. Sambung next post ekk.. Daa..

Roti Canai Idaman..

Salam.. Mlm tadi ayah2B rasa teringin beno nak makan roti canai yang gebu n garing.. Tak lalu dah rasanya roti canai kat area umah infact kat Putrajaya ke.. Kajang ke.. Sumernya mamak made, very thin and tasteless.. Ada la some yang okey but tak mencapai 'kegebuan' dan 'kegaringan' yang ayah2B impikan.. Cheewwaahhh... Hehe..

Kebetulan pula ptg semalam Das (part time house maid yang larisss skalz di kalangan staf2 kerajaan di Putrajaya) tepon, kata dia available.. So ayah2B pickup dia and sampai je umah dia terus bersihkan tingkat atas.. Cepat betul dia wat keje.. Pastu settlekan tingkat bwh sampai dkt kul 9.30 malam.. Nasib la ada dia, ibu2B dah xlarat nak keje berat, ayah2B pun bukannya ramping sangat, stomach sama jer bulat dgn ibu2B... Hehe.. Sian tgk Das, boleh kata tiap2 hari lepas keje amik upah bersihkan rumah org.. Dan yang paling ayah2B respect, dia xlupa solat.. Smoga Allah murahkan rezki dia, sememangnya rakan2 kat opis sumer kata dia amanah dan kuat kerja..

Lepas hantar Das kat umah dia, ayah2B ajak ibu2B ronda2 cari roti canai yang diidamkan.. Sasaran pertama - Kampung Baru.. Puas pusing, ada 1 kedai Melayu tapi jual pagi jer.. Kemudian pergi pulak ke Keramat -Ampang.. Huhu x ada juga.. At last, makan di restoran xjauh dari rumah kami selepas kelaparan mencari roti canai gebuss dan garingg- Bihun sup, Kuehtiaw Celup dan Kerang Bakar - Menjadi menu di kala 12.30 pagi!! Sedap makanan di tempat orang, enak lagi di halaman sendiri.. Daa..