Sunday, July 12, 2009

Roti Canai Idaman..

Salam.. Mlm tadi ayah2B rasa teringin beno nak makan roti canai yang gebu n garing.. Tak lalu dah rasanya roti canai kat area umah infact kat Putrajaya ke.. Kajang ke.. Sumernya mamak made, very thin and tasteless.. Ada la some yang okey but tak mencapai 'kegebuan' dan 'kegaringan' yang ayah2B impikan.. Cheewwaahhh... Hehe..

Kebetulan pula ptg semalam Das (part time house maid yang larisss skalz di kalangan staf2 kerajaan di Putrajaya) tepon, kata dia available.. So ayah2B pickup dia and sampai je umah dia terus bersihkan tingkat atas.. Cepat betul dia wat keje.. Pastu settlekan tingkat bwh sampai dkt kul 9.30 malam.. Nasib la ada dia, ibu2B dah xlarat nak keje berat, ayah2B pun bukannya ramping sangat, stomach sama jer bulat dgn ibu2B... Hehe.. Sian tgk Das, boleh kata tiap2 hari lepas keje amik upah bersihkan rumah org.. Dan yang paling ayah2B respect, dia xlupa solat.. Smoga Allah murahkan rezki dia, sememangnya rakan2 kat opis sumer kata dia amanah dan kuat kerja..

Lepas hantar Das kat umah dia, ayah2B ajak ibu2B ronda2 cari roti canai yang diidamkan.. Sasaran pertama - Kampung Baru.. Puas pusing, ada 1 kedai Melayu tapi jual pagi jer.. Kemudian pergi pulak ke Keramat -Ampang.. Huhu x ada juga.. At last, makan di restoran xjauh dari rumah kami selepas kelaparan mencari roti canai gebuss dan garingg- Bihun sup, Kuehtiaw Celup dan Kerang Bakar - Menjadi menu di kala 12.30 pagi!! Sedap makanan di tempat orang, enak lagi di halaman sendiri.. Daa..

No comments:

Post a Comment