Showing posts with label Macam2. Show all posts
Showing posts with label Macam2. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Mak Nepah Sakit..

Salam.. Semalam masa lunch hour ayah melawat Mak (dia merupakan baby sitter ayah masa sekolah rendah) di IJN.. Kesian tgk dia.. Keletihan sebab dh lama kene tahan di wad tp belum juga operate..

Sepatutnya mak deh kene operate tapi hari tu dia demam.. So terpaksa postpone.. Semalam merupakan hari ke 15 mak di IJN.. Dah tak larat nak baring Boy (Boboy merupakan nama glamer ayah dulu.. Hehe..).. rintih mak perlahan.. Ubat pun nurse bagi paracetamol a.k.a panadol jer 2 biji.. Abah kata dah mohon untuk balik rumah dulu sementara tunggu date baru tapi doktor xbg.. Nak kene scan semula kat jantung tu n maybe xpayah operate pun..

Ayah doakan mak cepat sembuh.. Risau biler memikirkan ramai orang2 tua di sekeliling yang dh sakit itu dan ini.. Semoga Allah kurniakan mereka dan kami semua kesihatan yang baik dan umur yang diberkati.. Ammeenn..

Friday, November 13, 2009

:: DiLeMMa ::

Salam.. ayah tika ini masih di opis.. Masih ada kerja yang belum beres.. Masih ada tugasan PTK yang belum bersentuh meskipun perlu dihantar Isnin depan..


Risau memang risau tapi malangnya minda ini tepu dari segala idea yang bernas.. Tak ada mood.. Tak ada motivasi.. Puas dah ayah mencuba dan memerah otak mencari kalau2 ada ilham yang mungkin singgah.. Malangnya kebuntuan pula yang datang..


Sebabnya??.. Itupun ayah xpunya jawapan.. Sis Nuni dan Mr. Ayoi dh sampai masa untuk naik pangkat.. Sebagai kawan ayah tumpang gembira.. TAHNIAH buat mereka itteww.. Setidak2nya itu petanda yang batch ayah akan menyusul nanti.. Cuma kapasiti di tempat ayah hanya mungkin punya satu tempat kosong untuk jawatan mendatang mereka.. Makna nya salah seorang atau kedua-dua mereka PASTI bertukar ke tempat lain..


Tinggal ayah di sini.. Tinggal Jumi.. Tinggal Kak Why..


Mr. Ayoi mungkin pergi.. Sis Nuni mungkin pergi.. Kak Zalinah akan pergi.. Kak Min akan pergi..


Kegembiraan.. Keceriaan.. Dan kemeriahan sesi Lepas GeRRaMM di ruang ini pasti hilang.. Sedehnya..


Apa la nasib ayah nanti..


Uhhhhh.. Feningzzzzzzzzz....


Friday, November 6, 2009

:: Third Anniversary ::

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana dengan izinNya ayah masih di sini.. Memberi khidmat bakti pada Malaysia yang dikasihi.. Hari ini, 6 November 2009 genap 3 TAHUN ayah bergelar kakitangan kerajaan..

Bukan jangkamasa yang panjang tapi banyak pengalaman suka dan duka yang ayah alami selama tiga tahun berkenaan.. Bekerja bukan seperti belajar.. Kalau study kita biasanya akan fokus dan jika berusaha gigih, Insya Allah kejayaan menanti kita di penghujungnya.. Tapi bekerja, ranjau dan duri pasti mengiringi langkah2 kita.. Benarlah kata org tua, bukan senang mencari walau sesuap nasi..

Banyak kelemahan yang perlu ayah baiki.. Tumpuan mudah sangat hilang, mungkin sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlukan perhatian.. Yang paling ayah sedar, sukarnya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan anak sulung dalam masa yang sama.. Tapi bila rasa tertekan dan lemah semangat, ayah selalu pujuk hati sendiri agar sabar dan Allah sendiri telah berfirman yang Dia tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya melainkan hamba itu mampu memikulnya..

Alhamdulillah Ma dan Abah, Mak,n Adik2 selalu di sisi ketika ayah memerlukan tunjuk ajar mereka.. Dan yang utama syukur pada Allah, Ibu sentiasa bersama ayah tika susah dan senang.. Bergaduh itu adat rumahtangga, yang penting kita sama2 baiki keadaan agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.. Buah hati ayah, Nur Madihah - inspirasi dan pendorong ayah dalam memperbaiki kehidupan keluarga kita..

Kengkawan seopis - Sis Nuni, Mr. Ayoi, Jumi n Sis 'Why' - Thanks for your support.. Telatah kalian menghilangkan segala kepeningan di opis tu.. Hehe.. Semoga silaturahim yang terbina tiada penghujungnya..

Semoga masa hadapan lebih baik dan cemerlang.. Dan lulus la hendaknya Paper Generik PTK ni.. Xsabo2 nak ikut jejak geng2 naik pangkat.. Aminn...


Harap2 la xoverwork smpi cmtu plak.. Hehe..