Showing posts with label Mumble. Show all posts
Showing posts with label Mumble. Show all posts

Monday, February 14, 2011

STay Back n Weekend OT

Assalamualaikum wbt.. Lama banget rasanya tak wat apa2 entry.. Payah tul nak cari idea n semangat.. Ada jer yang menghalang dan memalaskan dirri.. Hehe..
***********************************
Stay Back.. Satu aktiviti yang dah lama ayah tinggalkan.. Since Madihah lahir rasanya lebih berbaloi untuk ayah habiskan masa di rumah.. Dalam jangkamasa yang terhad - Lima hari berkerja dan kebanyakkan hujung minggu kami terisi dengan berjalan ke sana ke mari - Terlalu cepat rasanya buah hati ayah/ibu ni membesar.. Dari seorang bayi yg mulus merah kini seorang bayi senior yang cukup aktif-kuat merajuk-ada 4 batang gigi-petah dalam bahasanya sendiri.. Pantas sungguh masa berlalu..

Tuntutan kerja dek kerana penstrukturan semula seksyen ayah, menyebabkan ayah kembali ke aktiviti lalu.. Stay back kat opis.. Tapi kini dalam suasana yang berbeda.. Kalau dulu Mr Ayoi kerap menemani ayah, namun malam tu ayah keseorangan.. Mr Ayoi dah meletak jawatan demi menjadi seorang usahawan terbilang - Semoga berjaya..

Sunyi.. Kadang ternampak2 Mr Ayoi kat meja dia yang terletak berhadapan dgn meja ayah.. Secepat mungkin ayah menyiapkan kerja-Risau juga kot2 terjumpa dgn menda2 lain.. Hehe.. Tapi memang lain la stay back dulu dan skang..
***********************************
Hari Sabtu yg sudah (12/02/11) kene pula g weekend OT.. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan.. Nasib baik kali ni ayah dapat groupmate yang memang responsible n kerjasama yg tip top.. Sampai ke mlm juga OT ni.. Sian kat baby..

***********************************
Ayah berazam dan berdoa semoga tahun ni ayah jadi insan yang lebih baik.. Dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.. Memperbaiki segala kekurangan diri yg sedia ada.. Dan yang paling penting - Cuba BERMATA LEBAH sokmo.. Cuba elakkan BERMATA LALAT sejauh-jauhnya..

Apa pulak lebah.. Lalat ni.. Ayah terdengar motivasi pagi di IKIM.fm..

Mata Lebah - Umpama lebah, kita hanya nampak benda2 yang indah (Bunga) dan makan benda2 yang manis jer (Madu).. Bila kita lihat insan lain, kita cenderung untuk nampak kelebihan dan kebaikkan dia..

Mata Lalat - Biarpun di depan hidangan yang meyelerakan, lalat tetap cari menda2 najis dan kotor.. Makan pun menda2 xelok dan kotor.. Dalam konteks manusia, kita sering atau hanya nampak keburukan dan kelemahan orang.. Hidup pun jadi sesak dan merumitkan..

Menerima orang lain seadanya.. Tanpa syarat dan curiga.. Mudah2an hubungan yang terbina lebih ikhlas dan suci.. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.. Hmm teringat pula dkt adik2 masa di Melaka dulu.. Apa khabar mereka gamaknya??...

Thursday, January 7, 2010

:: Baby Stroller - From Tok Ma ::

Salam..

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah s.w.t kedua org tua tercinta - Ma & Abah selamat pulang dari Tanah Suci Mekah pada malam Selasa 29/12/09 yang lalu..

Hari Sabtunya Ma mengajak kami ke Manjaku di Kajang sebab nak tunaikan janjinya belikan baby Madihah - STROLLER!!

Setelah puas Tok Ma, ayah, ibu, Cik Ngah dan Cik Ameera memilih2.. Inilah yang telah tersurat menjadi stroller baby Madihah.. Cantik tu.. Kalau bajet sendiri.. Lama nak kumpul duit..

Pandangan Hadapan..


Pandangan sisi...

Uikksss.. Ada orang laa.. Sapa tu??.. Madihah la ayah.. hehe..

Terima kasih dari Yong, Zu dan Madihah buat Mama.. Luv u!!

:: Berbaloi tak?? ::

Salam..

Saja ayah nak membebel kat cni.. Ada satu food stall dekat Alamanda Putrajaya, ptg tadi ayah makan Bihun Cury around RM 5.90.. Kira ok la tu kan..

Tapi biler ayah ke satu lagi food stall just to add few things to eat with my bihun curry - and eventually, INI JER yang ayah amik:



You know wat, cashier tu charge ayah - RM 6.40!!

Are you nuts??!!!! Giler ke haper.. Terkesima ayah dibuatnya..

Apa blh buat, bayor jer ler.. Berbaloi2 ker??..

:: SeLAMAT TaHUn BaRU!! - 2010 ::

Salam..

Uiks2 sedar xsedar dah tukar tahun rupanyer.. Lama betul dh tak singgah kat blog sendiri..


Apa2 pun ayah nak ucapkan:



- SELaMaT TaHuN BaRU 2010!! -


Semoga tahun baru ini akan memberi kita semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik.. Sesungguhnya manusia yang beruntung adalah yang selalu berusaha menjadikan hari esoknya lebih baik dari hari ini dan semalam..


Daaaa....

Tuesday, September 8, 2009

Kepala Yang Kecelaruan..

Salam.. Lama dah ayah2B xhapdet blog ni.. Sibuk banget!!.. Opis dengan 5s nyer.. Im not really remember about that 5's' meaning but personally I dont feel any impact of it!!.. Some more it makes my life more chaotic and miserable.. Banyak sangat benda and dokumen yang perlu DIISIH dan DIBUANG.. Yahh ayah2B mengaku sepatutnya kita perlu ada some kind of method utk menguruskan harta menda kita di opis but not that drastic!

Last week ayah2B dapat call dari Unit Kuarters saying that Ive got one!! Alhamdulillah.. Cuma kunci xdapat lagi.. Rumah tu stil under maintenance for utmost 2 months.. Seronok and risau - bercampur baur di dalam kepala.. Apa yang merisaukan adalah - ibu2B yang dah nak masuk 35 minggu bersalin and kami kene pindah at the same time??!!.. UUrrgghhh.. Kurus den dibueknyooo..

ayah2B hanya bertawakal, semoga semua urusan dipermudahkan.. Skang ni pun ibu2B dah start packing mana yang blh.. Sedeh sebenarnya nak tinggalkan rumah dekat Taman Lestari Putra ni.. Tuan rumah yang amat baik hati n amik berat (million thnks to Mr. Yeoh n Madam Yee) - Siap attend kenduri kawen kitaorg lagi walaupun masa tu baru je kenal.. Example of 1Malaysia..

Mula hidup sebagai suami isteri - 3 tahun yang sudah dcni.. Hampir dapat 2 baby pun kat cni.. Mula bela our cute and adorable cat - Mr. Jimmy pun dcni.. Ada neibor yang very kind - Fadil and Lydia, almost nak due juga xlama lagi.. Banyak lagi kenangan lain.. Tapi yelah.. Apa lah daya kita untuk menahan takdir.. Kehidupan mesti diteruskan.. Semuanya akan dikenang sehingga ke akhir hayat..

This week ayah2B kene settlekan 5s tu.. Pasni nak kene pack barang-bwa ibu2B pi checkup n Darul Syifaq nak minta air selusuh also kene prepare for kelahiran cahaya mata kami yang sekian lama ditunggu.. Hari Raya??!! Akan disambut seadanya..

Hepi Birthday to Amir Nasser!!.. Semoga jadi anak yang soleh.. Bahagiakan ummi dan abi yer..

Juga diumumkan dengan rasminya - on9 bisnes kami telah pun mula beroperasi!!
Lawatilah http://blink2lady.blogspot.com - Penjual brooch/kerongsang paling MELETOPPSS di abad ini!!


Jumpa lagi.. Daa..