Monday, February 14, 2011

STay Back n Weekend OT

Assalamualaikum wbt.. Lama banget rasanya tak wat apa2 entry.. Payah tul nak cari idea n semangat.. Ada jer yang menghalang dan memalaskan dirri.. Hehe..
***********************************
Stay Back.. Satu aktiviti yang dah lama ayah tinggalkan.. Since Madihah lahir rasanya lebih berbaloi untuk ayah habiskan masa di rumah.. Dalam jangkamasa yang terhad - Lima hari berkerja dan kebanyakkan hujung minggu kami terisi dengan berjalan ke sana ke mari - Terlalu cepat rasanya buah hati ayah/ibu ni membesar.. Dari seorang bayi yg mulus merah kini seorang bayi senior yang cukup aktif-kuat merajuk-ada 4 batang gigi-petah dalam bahasanya sendiri.. Pantas sungguh masa berlalu..

Tuntutan kerja dek kerana penstrukturan semula seksyen ayah, menyebabkan ayah kembali ke aktiviti lalu.. Stay back kat opis.. Tapi kini dalam suasana yang berbeda.. Kalau dulu Mr Ayoi kerap menemani ayah, namun malam tu ayah keseorangan.. Mr Ayoi dah meletak jawatan demi menjadi seorang usahawan terbilang - Semoga berjaya..

Sunyi.. Kadang ternampak2 Mr Ayoi kat meja dia yang terletak berhadapan dgn meja ayah.. Secepat mungkin ayah menyiapkan kerja-Risau juga kot2 terjumpa dgn menda2 lain.. Hehe.. Tapi memang lain la stay back dulu dan skang..
***********************************
Hari Sabtu yg sudah (12/02/11) kene pula g weekend OT.. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan.. Nasib baik kali ni ayah dapat groupmate yang memang responsible n kerjasama yg tip top.. Sampai ke mlm juga OT ni.. Sian kat baby..

***********************************
Ayah berazam dan berdoa semoga tahun ni ayah jadi insan yang lebih baik.. Dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.. Memperbaiki segala kekurangan diri yg sedia ada.. Dan yang paling penting - Cuba BERMATA LEBAH sokmo.. Cuba elakkan BERMATA LALAT sejauh-jauhnya..

Apa pulak lebah.. Lalat ni.. Ayah terdengar motivasi pagi di IKIM.fm..

Mata Lebah - Umpama lebah, kita hanya nampak benda2 yang indah (Bunga) dan makan benda2 yang manis jer (Madu).. Bila kita lihat insan lain, kita cenderung untuk nampak kelebihan dan kebaikkan dia..

Mata Lalat - Biarpun di depan hidangan yang meyelerakan, lalat tetap cari menda2 najis dan kotor.. Makan pun menda2 xelok dan kotor.. Dalam konteks manusia, kita sering atau hanya nampak keburukan dan kelemahan orang.. Hidup pun jadi sesak dan merumitkan..

Menerima orang lain seadanya.. Tanpa syarat dan curiga.. Mudah2an hubungan yang terbina lebih ikhlas dan suci.. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.. Hmm teringat pula dkt adik2 masa di Melaka dulu.. Apa khabar mereka gamaknya??...

No comments:

Post a Comment