Showing posts with label Jimmy. Show all posts
Showing posts with label Jimmy. Show all posts

Monday, April 19, 2010

:: Cat infectious diseases ::

Salam.. Just additional explanation on FIP/FIV/FeLV.. For those yang bela kucing.. Protect your pet from strangers ya!!

Many outdoor cats can contract infections and diseases due to a environmental conditions and contact with other infected cats. Feline Immunodeficiency Virus (FIV), Feline Leukemia Virus (FeLV or FLeuk) and Feline Infectious Peritonitis (FIP) are three common viruses that cats can contract. None of these viruses can be transmitted to humans or any other animals besides cats.

Currently, many of these medical conditions are not well understood and while an infected cat may become ill, many such cats survive for many years. In a safe, indoor environment, with good nutrition and care, these cats often have a good chance of leading a long, good quality life.

It is recommended that infected cats be kept as "only" cats, or with other cats carrying the same disease. This helps prevent spread of the virus (and possible illness) to other cats that are not already infected.

=============================

Sunday, April 18, 2010

:: JiMMY Kau Pergi Jua ::

Salam.. Dah lama ayah xmenulis di sini.. Banyak peristiwa yang terjadi cuma susah betul jari jemari ni menaip patah-patah rasa..

JimMy.. Pertengahan Mac yang lalu ayah hantar p klinik sebab nampak ada selaput mata.. macam sakit mata.. Alih2 lepas doktor buat test, hemoglobin (Sel darah merah) dia kurang sangat berbanding dengan darah putih.. Kalau manusia macam dh kene leukimia.. Dia pun mmg nampak weak n depress..

Jimmy kene tahan ward utk futher blood test.. Dan sebenarnya menurut doktor.. Jimmy dah kene Fiv, Felv dan Fip - 3 infection skaligus!!! Terjangkit dari kucing lain yang penah gaduh dgn dia.. Dan akibatnya Jimmy kehilangan imuniti utk melawan penyakit.. Mcm manusia yg kene AIDS.. Cuma doktor kata those viruses cannot be transmitted to human at all.. Rasa kelu lidah sewaktu ayah terima result tu.. Airmata mula berlinang bila doktor kata Jimmy boleh hidup paling lama pun 6 bulan...

Sejak tu dunia Jimmy hanya terhad di dalam rumah dan sangkar jer.. Di samping perlu makan ubat 2 biji setiap hari untuk memanjangkan tempoh hayat dia.. Jimmy semakin senyap dan kurang aktif.. Dan yang paling ketara, kian kurus sebab xada selera makan..

Dua minggu lepas ayah nampak ada perubahan.. Mata dia kembali bulat dan bersinar dulu.. Cuma makan masih xmahu.. Dah macam2 brand n flavor yang ayah cuba.. Semuanya xmampu mengembalikan selera Jimmy sedang kan dulu sampai 2 kali bubuh dalam mangkuk baru cukup untuk dia..

Malam tadi dia ada baring sambil letak kepala atas kaki ayah.. Beberapa hari sebelum ni dia ada baring atas dada ibu.... Kebiasaan yang dia sering buat ketika Madihah belum hadir dulu.. Sempat makan durian.. Dan Frieskis perisa Gourmet yang memang paberet dia sejak kecik..

Pagi tadi.. Dia sempat round kat luar rumah.. Dalam pukul 11 ibu menjerit panggil ayah.. Jimmy kat dapur separuh terbaring dari kepala ke badan sedangkan kaki dan ekor terjulur xmampu bergerak.. Mengiaw2.. Rupa2nya dia dh terbuang air besar tapi sebahagian kaki seolah2 lumpuh dan kaku..

Ayah angkat dah bersihkan dia di dalam bilik air sambil ibu siapkan bakul dgn timbunan kain untuk dia berehat.. Lepas ibu pangku dia seketika dia melonjak2 seperti menahan sakit yang amat.. Hati ayah berdetik mengatakan masa yang dijanjikan hampir tiba..

Kami tinggalkan Jimmy di dalam bakul.. Tak sampai hati melihat dia menahan sakit.. Sesekali ibu dan ayah menjenguk sambil menggosok2 kepala dia.. Jimmy berbunyi2 sambil mengeroh seolah2 memberitahu kami.. Ibu.. Ayah.. Jimmy dah nak pergi.. Dan bila sekali lagi ibu memanggil ayah, Jimmy dah pun pergi menemui penciptanya..

Sesungguhnya kami redho dan pasrah atas pemergian mu.. Dulu kau hadir sewaktu kami kehilangan.. Menjadi teman suka dan duka.. Panas dan dinginnya cuaca rumahtangga.. Sehingga kehilangan telah diganti.. Kau akhirnya pergi mengundur diri.. Bersemadilah dengan aman sayang..

Jimmy..
Durian.. Mangga.. Air yang meleleh segar dari paip.. Gigitan manja..
Berebut tempat tidur.. Si manja yang penakut tidak boleh tidur sendiri..
Si peneman yang setia di kala sunyi..

Dan semuanya tetap abadi dalam kenangan ayah dan ibu..
Madihah dan adik2 pun pasti akan tahu cerita tentang dirimu..
Sesungguhnya hari2 mendatang kami pasti merindu..

Terima kasih atas segala budi..
Maafi segala silap dan salah..
Damailah kau di sana..
Insya Allah di syurga nanti kita bersua semula..

~ JiMMy d HenSEM Cat September 2007 - 18 April 2010 ~

Wednesday, October 21, 2009

:: JiMMy Yg SuNyi.. ::

Salam.. Lama dah rasanya ayah (dh upgrade??... No more ayah2B??.. Nanti kiter citer yer..) tak post entry kat blog ni.. Penyakit yang sama, yang biasa - SIBUK!!.. Kadang2 ada masa terluang cuma idea yang xkunjung datang...

Selepas bulan Syawal baru2 ni, banyak sungguh peristiwa yang menjelma.. Tak menang tangan rasanya ayah untuk menangani semuanya pada satu masa.. Baik soal pejabat, soal keluarga - berlegar2 dalam fikiran sampai ayah xtahu nak fokus yang mana dulu..

Sekarang ni ayah dan family menetap di apartmen adik ayah, di Putrajaya.. Manakala rumah di Equine sedang dalam proses pengemaskinian.. So most of the days ayah akan balik ke sana sebelah malam atau hujung minggu untuk sambung membungkus barang.. Tinggal la JiMMy keseorangan..

Sian dia.. Lama dah xjumpa ibu.. Pantang nampak ayah balik, pasti nak menggesel2 minta digosok dan didukung.. Hari tu ayah kurung dia dalam sangkar tapi sebab dia cirit birit ayah biar dia berkeliaran.. Dia hanya akan dapat masuk rumah biler ayah balik jer..

Akibatnya dia dah pandai panjat ke bumbung tingkat atas dan masuk umah melalui pintu tingkap bilik air yang terbuka.. Tinggi tu.. Tapi yelah.. Mungkin selama ni dia dah biasa terperap dan tido kat dalam umah dengan kami.. Keluar biler nak pi-pi, po-po n mengawan jer..

So sebagai new alternative - ayah letak makanan, air, n pasir toilet dia dalam bilik air tu.. So biler2 masa dia boleh masuk dan makan and panjat keluar balik.. Sabar la Jimmy ya.. X lama dah.. Insya Allah lepas ni kita sama2 pindah ke rumah baru.. Semoga dia xterasa diabaikan.. Kasih sayang ayah dan ibu xpenah hilang atau berkurang biarpun kita dah ada ahli keluarga yang baru..

Ni gambar dia yang ayah tangkap semalam.. Dia memang kalau nak tido mesti nak geser dgn ayah atau ibu and mesti sebahagian badan dia - muka/telinga/ekor kene dkt kulit kitaorg.. Kalau tak, mesti dia susah nak lena n xsenang duduk..

Jimmy.. Jimmy.. Xpenah berubah.. Manja betul..

Hahh.. Kan dah lena.. Nak jugak tanga gebusss ayah ni jadi pelapik..
Sabar la sayang ekk.. Nanti ayah kemas umah cepat2.. Kita pindah umah baru ekk..

Sunday, July 12, 2009

Jimmy Kebabomm Lagi!!

Salam.. ayah2B nak citer psl anak angkat kami -Jimmy The Orange-..

Jimmy ni ayah2B beli pada bulan September 2007.. Dia memang cute-adorable pet.. Banyak keletah dia yang menghiburkan kami.. Masa tu ibu2B baru 1st time miscarriaged.. ayah2B tak mau dia asyik teringat pasal perkara tu, so hadir la Jimmy sebagai penyeri keluarga kami..


Jimmy tido pun dengan kami.. Siap suka duduk atas badan ayah2B lagi.. Manja bebeno.. And yang paling amazing pasal Jimmy - He likes Durian very much!! Pantang biler dia dah mengesan bau durian, mula la xsng duduk, terpusing2 cari buah tu.. Dah dapat makan 2-3 ulas baru dia akan duduk diam.. Entah la, kdg2 ayah2B pun konpius.. Dia ni ada kacukan tupai ker.. Dia tak makan chicken or even a red-pure-fresh fish.. Hanya friskies and whiskes.. Daging panggang, ayam kfc, ikan goreng or whatsoever is not his interest.. Not at all.. So weird kan??.. ayah2B dah bela banyak kucing but this is the first cat creature yang reject such meats..

Tapi senang jaga dia, bertuah rasanya dipertemukan dgn dia.. Kalau dia nak MELEPAS, normally dia akan buang dlm cat sand.. Tapi..

Pagi ni lepas balik dari menikmati roti canai yang gebuss dan garingss.. ibu2B menjerit sbb jumpa KHAZANAH dia betul2 dalam penyodok sampah!! Arrgggghhhh.. Jimmy2, dia tak tahan sangat, sampai ter'kebabommm' dalam penyodok.. Kena la buang penyodok tu, baru je beli semalam.. Bau dia.. Aduhhh boleh kluar balik roti canai tu.. Masa nak kluar tadi tak perasan dia ada dalam umah rupanya.. Dulu dah skali, sakit perut tak hengat agaknya, dia kebabomm atas pengesat kaki.. Buang la jawabnya pengesat kaki tu..

Ikutkan hati ayah2B nak je publish gambar penyodok mangsa kebabomm jimmy.. Tapi takut lepas ni blog ayahwan kene band plak.. 2 kali kebabomm - 2 juga benda kena buang.. Bijak juga si Jimmy ni - Kebabomm atas benda yang senang dibuang yer.. Jimmy2.. Ayah marah ni tau, bukan puji.. Sunat kang.. Daa..