Sunday, July 26, 2009

Al Fatihah - Yasmin Ahmad (01/07/1958 - 25/07/2009)

Salam.. 2-3 hari ayah2B xmengadap internet, paper and even tv.. Rupa2nya pengarah filem/iklan yg amat ayah2B kagumi - Pn. Yasmin Ahmad - admitted because of stroke and eventually, telah kembali ke rahmat yang Esa pada 25 Julai (malam Sabtu) yang lalu.. Al Fatihah..

ayah2B memang amat terkejut.. Tergamam.. Speechles.. Sedih.. Rasanya baru jer menonton filem Talentime dgn ibu2B aritu.. Takziah buat keluarga beliau.. Semoga semuanya tabah menerima ketentuan Yang Maha Esa.. Sesungguhnya segala yang terjadi telah tersurat di Loh Mahfuz.. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau dan mencucuri rahmat ke atas rohnya amin..

Yasmin Ahmad - Semoga kekal dalam lipatan kenangan..

Tiada kehidupan tanpa kematian.. Masa kita akan tiba jua nanti.. Semoga rahmat dan keampunan Allah menjadi milik kita.. Amin..

Thursday, July 23, 2009

Baleek Kampung @ Checkup 7th Months

Salam.. Huwah.. Huwah.. Tak penah2 ayah2B wat entry kul 6 pagi.. Hari ni kami kan Baleek Kampong!!..

Sedari pukul 5.30 pagi tadi ayah2B dah bangun masakkan ibu2B karamel.. Sian dia dh brape hari request tapi ayah2B xsempat nak fulfil.. Cumanya gula karamel tu macam over pahit la pulak.. Mmm maybe sebab mata mamai2 lagi kutt.. Tak pe la, xsedap ayah2B buat lagi.. Dekat ruang tamu, ibu2B bukan main lagi, siap nyanyi lagu Balik Kampung sambil packing baju.. Suka bebenor..

Hari ni juga ibu2B kene g checkup utk bulan yg ke 7.. UUiihhh jap je rasanya masa berlalu.. Checkup bulan ke 8 pulak hujung Ogos during fasting month which is equivalent to 33 weeks.. Meaning to say the 36 weeks will be around 1st week or 2nd week or Hari Raya!!.. Rayakah kami?? Sempatkan ibu2B menikmati hidangan raya??!!.. Kita tunggguuuuu.. Xkisah la lahir biler pun, janji our little baby sihat walafiat..

Wat Sis Nuni, Sis Mazni, Mr Ayoi, Akib, Su n kengkawan lain slamat bertugas.. Jgn jeless ekk.. Kita gilir2 yer, lagipun seksyen kita tu aman sket kalau ayah2B xada..

Ju, welcome back.. Smoga kesihatan bertambah baik..

Sis Nuni, All D Best!! Ganbatte!! Nanti kita all out sama2 okay..

My bos, Kak Min million thanks sebab bagi ayah2B checklist barang2 baby.. Memang perlu sangat..

Sape2 nak order ... boleh lagi yer.. Hehe..

Alor Setar, Kedah - Destinasi yang dituju..

Okey la.. Jumpa lagi.. Doakan kami selamat pergi - selamat kembali.. Daa..

Wednesday, July 22, 2009

Demam Campak - Daun Bamboo

Salam.. Cik Ameera, anak buah ayah2B kene demam campak lagi!! Dah 2nd time.. Masa tahun lepas dah kene skali.. Iskk22.. Cuma dia tak demam and meragam.. Gatal2 pun sikit jerr..

Kebetulan pulak hero2 Sis Nuni - Ammar dan Amir (bukan Upin dan Ipin yer.. Hehe) baru jer kene demam campak so ayah2B pun minta la petua dari dia..

As she said ayah2B kene cari Daun Bamboo.. And the nearest place to get this leaf is Sis Mazni house.. ayah2B sebenarnya dah lupa mcm mana rupa daun tu and dgn gamblenya ke rumah Sis Mazni sbb menurut Sis Nuni pokok tu betul2 depan rumah dia..

Sampai sana, ayah2B tengok pokok tu boleh tahan tingginya.. Nak panjat kang kalau tak satu pokok tu tumbang atau bomba yang kene datang bawak ayah2B turun.. Bila ayah2B perhati betul2 rupanya pokok2 di sepanjang jalan tu adalah pokok yang sama, Pokok Daun BamBoo!!

Pokok dekat depan rumah jiran Sis Mazni tu agak banyak juga dahan yang rendah, nak main ambik jer ayah2B rasa cam kureng pulak.. So berlegar2 la di tepi jalan menunggu tuan rumah pulang..


Tak lama pastu nampak sorang kakak masuk dalam rumah tu n ayah2B minta la kebenaran untuk amik daun tersebut.. Baik sungguh kakak tu, siap ajar ayah2B camne cara nak guna daun tu as ubat chicken pox:


- Boleh rebus daun dia - mandi dgn air tersebut, jangan bilas..

- Tumbuk daun, campur dgn bedak sejuk pastu sapukan kat bintik2 campak tu..

Arigato ye kak! Siap bagi plastik lagi kat ayah2B.. Allah jer yang boleh balas budi kakak.. Kan senang kalau semua org dalam dunia ni mcm kakak tu - Bukan susah pun nak tlg orang..

Lihatlah badan ku - Berbintik2.. Uikss malu aa....

Malam tu ayah2B pulak yang gatal2 satu badan.. Siap ada bintik2 merah lagi.. Suspen juga takut dah bjangkit dengan Mira.. ayah2B pun sebenarnya 2 kali juga kene CP tu.. Kalau kene kali ke 3 haru dibuatnya.. Alih2 ibu2B kata tu bukan CP tapi gatal2 sebab xmandi.. Yelah baru ayah2B teringat, sejak amik daun tadi memang ayah2B belum mandi.. Lepas mandi, gatal pun hilang.. Fuhh selamat...


Daun yang ayah2B nyaris2 sangkakan daun bamboo.. Nasib baik tanya org, kalo tak, dah bawa balik-rebus-bagi mira mandi.. EEeee ngerinya.. Elok2 campak jer, ntah apa pulak yg tumbuh..

Friday, July 17, 2009

Baby Items on 16 Julai 2009

Salam.. Sehingga semalam (16/07/09) kami dah beli beberapa barang baby.. Hehe.. Excited oo.. Banyak sebenarnya yang ayah2B berkenan especially baju2 yang kiut miut tapi ibu2B tak brapa setuju untuk beli masa ni.. Ye la.. Sebab tak confirm jantina apa lagi.. So just beli yang colour general jer dulu.. Antara yang dah ada..

Sarung tangan dan kaki baby.. Yang berkain penuh n berlubang2..

Alas tilam dan sarung bantal dari Tok Ma dan Tok Bah.. Tok kat Kedah tgh siapkan bantal dan tilam kekabu.. Dah siap nanti ayah2B upload gambo dia..

Set baju baby yang Tok Ma beli di Beijing, China.. Bes le baby, blum apa2 dah pakai baju obersee..

Yang ni pulak ibu2B beli di Giant - 2 towel mandi.. 52 kpg Mamy Poko NB.. 4 kpg Petpet NB..

Di samping yang di atas, ada juga menda2 lain yang dah ada.. Some baru.. Some recycle Kak Meera punya.. Tak apa la, recycle pun okey.. ayah dan ibu nak ajar baby berjimat dan hargai setiap barang2 yang kita ada.. Syukur itu yang penting.. Nanti Allah tambah lagi nikmatNya pada kita.. Aminnn..

Jumpa lagi..

Thursday, July 16, 2009

Punca Anak Derhaka

Salam.. Semalam ayah2B sibuk sikit.. Sebab nak kena present modul dalam meting bersama central agencies yang lain.. Anyway thanks to Miss Sarah sebab tolong ayah2B prepare all the mockup data.. Ada sikit silap but then it was very very tiny.. Nothing to worry yer Sarah.. Biasa la everybody has their own point of view and perspective.. Infact some of them have tendency to over react compared to the project owner itself.. Biarkan jer.. Janji kita akan cuba improve time by time.. Okey.. Sis Nuni walau katanya nerbes nak present, bila dh bercakap huh.. gaya Oprah tuu.. Syabas.. Syabas..

Petang sebelum balik umah, ayah2B pun surfing la sekejap.. Nak relaks kan kepala.. Mr Ayoi n Sis Nuni dah balik.. Talking about Mr. Ayoi, lately he so quite.. Kalau ayah2B ada salah yang tak disengajakan, im so sorry yer.. Jadi xmeriah opis..

While surfing ayah2B terbaca artikel pasal punca2 anak derhaka.. Elok juga baca pasal ni so that later on kita aware dgn tindakan kita.. Mudah2an dengan asuhan yang betul dan tarbiah dari Allah s.w.t kita akan jadi ibu bapa yang baik dan dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh/solehah.. Hayati lah..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"..

Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Serba sedikit untuk kita kongsi bersama.. Daa..

SuSHi @ Carre Four Alamanda

Assalamualaikum.. More about SuSHi.. Kalau aritu ayah2B try dkt SUSHI KING RESTAURANT, kali ni ayah2B tapau jer kat Carefour Alamanda.. Konon2nya dah terer, maka dh blh pilih sendiri, yakin sedap dan lazat..

Aduss juling bijik2 mata ayah2B tgk option sushi yg ada.. Macam2 kaler n perisa..Mak cik promoter pun bukan main, layan ayah2B baekk giler..

Actually banyak menda baru pasal sushi yang ayah2B blajo dari dia.. Dasat oo, nampak jer makcik tu macam tu.. Master of Sushi!!.. As she explained to me, for those yang baru nak cuba2 makan sushi, California SuShi is the best option.. Dlm sushi tu ada timun, crab stick pampered wth Japanese rice.. Gambo xsempat nak snap la..

Selain tu dia ajar juga makna2 nama sushi yang ada kat ctu.. Chuka idako maki - Sotong dalam bentuk roll.. Chuka Kurage - Jelly fish sushi.. Fukahire - Shark fin sushi.. Indigo - Sushi telur udang.. Unagi - Sushi belut.. Uuiii susah juga nama2 tu.. Kalah exam PTK.. Hehe..


Ni la antara sushi yang ayah2B tapau malam tu.. Rasa dia so-so jer.. Especially on dia punya freshness, memang tak sesegar sushi king la.. Tapi padan la dgn harga dia - jimat banget berbanding dengan sushi king.. Tepuk dada tanya selera!!!.. Daa..

Wednesday, July 15, 2009

Pampers

Salam.. Malam tadi ayah2B dgn ibu2B round2 dkt Tesco Kajang.. Saja jalan2 cuci mata sambil survey barang2 baby.. Sampai kat section pampers, ayah2B tgk untuk NB (newborn) ada 4 brand.. Mamy poko-Drypers-Huggies-Pet pet.. Perbandingannya..

Mamypoko - 52 kpg RM40 / Drypers - 56 kpg RM32..


Huggies - 52 kpg RM26 / Petpet - 48 kpg RM22.50..

So the cheapest price goes to Pet2 - RM0.46 per unit.. Kemalrin ayah2B dah beli MamyPoko kat Giant - 52 kpg RM 36.. Tgh offer.. Lebih kurang RM0.70 per unit..

However hanya Petpet, Mamypoko n Drypers jer yang ada navel care (pelindung pusat).. Maklum la, awal2 kan pusat baby belum tanggal n sensetip sket..

Hmmm so next time kene beli Petpet la.. Jimat sket.. Ekonomi tgh down kan.. Isk2 tak sangka ekk pampers wat balut anu dan punggung pun mahal rupernyer... Daa..




SuSHi @ Sushi King Restaurant

Salam.. ayah2B nak citer sket pasal pengalaman makan sushi kali ni.. Sebenarnya nak kata minat sangat tak la jugak.. Tapi kadang2 ayah2B teringin juga nak makan.. So one day tu ayah2B dengan ibu2B gi la makan kat restoren sushi king kat Jaya Jusco Taman Equine..

Suasana dan mood dalam restoren tu mak oiii very kondusif dan aman.. Sunyi dan senyap jer.. Tak ada bunyi sudu berlaga atau suara2 orang yang berborak xhengat dunia.. Aman dan tenteram.. Sushi2 tu akan lalu atas landasan dia.. Di hujung landasan ada sorang yang bertugas untuk buat sushi dan letak atas landasannya.. Kita just pickup mana2 sushi yang kita nak.. Harga sushi adalah berdasarkan warna piring sushi tu, ada hijau-biru-oren.. Nice way of serving food.. Very impressive..

ayah2B amik few sushis, ice lemon tea, mee curry..

Basic sushi - crab meat with rice

Sedap juga - Janggut Sotong (half cook) - Chukaidako sushi

Yang ini pon not bad - Lupa dah nama dia tapi ada rice ball, and yang satu lagi tu pegedeljepun sushi.. Hehe.. Lupa la nama dia.. Sedap sangat..

Yang ni curry me - Ada sweet corns, spinach and fish.. ayah2B masa makan mee ni berangan jadi Naruto tengah makan ramen.. Hehe.. Teringat kat Kiong n Nadia - Depa yang introduce Naruto kat ayah2B.. Semoga sumer berjaya yer..


ibu2B plak order unagi set.. ayah2B berani tengok jer.. Biarpun dipelawa berkali2 ayah2B belum berani cuba.. Takut nak makan ooo.. Belut tu..

One thing yang kita perlu tau pasal sushi ni, bukan sumernya tak masak 100% but some ada yang half cook.. Bergantung pada resipi tu.. Overall okey la pengalaman makan kat Sushi King ni, for all ayah2B kene bayar around RM75++ la.. Mahal sket tap worthit la.. Jumpa lagi..

Tuesday, July 14, 2009

Birthday Wishes

Salam..

Hari ini 14 Julai 2009 - birthday adik bongsu ayah2B : Mr. Ikhwan..

To my dear bro, wish u all d best.. Blaja baik2.. Susah dulu, senang kemudian yer.. Yang penting skali, never ever ever ever ever give up!!.. Insya Allah, kami semua sentiasa menyokong dari belakang... Gud Luck n Hepi 18teen!!



-Salam sayang dari - Abah, Mama, A.Yung, K.Zu, Kakak, Meera, Little Baby n Jimmy-

Blaja baik2.. Sembahyang-Doa-Tawakal.. Jaga diri.. Daa..

New Pets

Salam.. Cuti semester baru2 ni adik bongsu ayah2B Mr. Ikhwan, beli pets baru.. Empat ekor hamster yg kiut miut.. By the way, ayah2B dari remaja lagi dh ada intention utk bela hamster juga tapi abah dgn ma xbagi.. So perasaan tu lama2 hilang sendiri.. Tetiba pulak budak ni dengan slumbernya beli dulu baru mintak permission.. Tak aci betul.. Ma pada awalnya berceramah juga tapi biler tgk keletah hamster tu mcm suka pulak..


Aktif-Kuat makan-Kuat gigit.. Dan yang paling ayah2B geram, payah sangat nak pegang dia.. Dah hampir dapat kene gigit pulak.. Bukan main hamster zaman skang, siap ada spa - flavor Lavender lagi.. Kelessss gitu... Keje diorg main-makan-spa-tido... Uihhh2 besnya hidup.. Iwan ko jgn wat keje cenggitu - ala2 hamster plak hah!!.. Blajo-Blajo!!.. Kalau tak makan hamster la ko nanti..

Sukatul berhimpit2.. Motif??.. Hehe..

Bila si Iwan ni dah balik blajo.. Timbul pulak isu siapa nak jd nanny hamster tu sementara tunggu dia cuti balik.. Abah dgn drastiknya nak jual kat kawan Adik.. So pada 1 malam, hamster dgn mahligainya dihantar ke rumah Adik.. Aku yg turut ada malam tu rasa sian plak.. Sian kat Iwan sbb aku tau he loves these pets very much.. Sian kat hamster sbb kene bertukar2 tuan.. Biler Abah n Adik call Iwan to get his opinion, aku tau dia akan merajuk.. So aku try persuade abah n ma to put them kat umah Adik since got another empty chamber betul2 sebelah balkoni.. Good for air flow.. Eventually, hamster stil with us, with our family, with Iwan.. So no worry yer bro..

Dan aku secara rasminya telah dilantik sebagai nanny sementara hamster2 tu sama ada suka atau tidak.. Huhh.. Lepas ni nak jaga ibu2B pantang bersalin-baby-jimmy.. Hamster lagi.. Kurus la ayah2B jawabnya.. Kurus ker.. Hehe.. Iwan nanti aku nak tuntut elaun.. Siap kau.. Daa..

Monday, July 13, 2009

Tahniah - Jun & Ika

Salam.. ayah2B dan ibu2B ingin mengucapkan tahniah buat our bes fren - Jun dan Ika.. Sempena dengan kelahiran hero ke-2 mereka pada awal Julai 2009 yang lalu.. Alhamdulillah.. Comei n kiut sangat.. Jun bagi nama dia -Muhammad Fakhiruddin-... Semoga jadi anak yang soleh.. Penyambung ikatan persahabatan kami semua.. Insya Allah..




Ini pulak gambo abg dia masa kecik.. -Muhammad Zahiruddin-.. Jangan gaduh2 ekk..


Tahniah Jun.. Tahniah Ika.. Doakan anak kami selamat lahir Oktober nanti.. Ada rezki tahun depan kita dapat lagi.. Hahaha... Daa..

Sunday, July 12, 2009

Jimmy Kebabomm Lagi!!

Salam.. ayah2B nak citer psl anak angkat kami -Jimmy The Orange-..

Jimmy ni ayah2B beli pada bulan September 2007.. Dia memang cute-adorable pet.. Banyak keletah dia yang menghiburkan kami.. Masa tu ibu2B baru 1st time miscarriaged.. ayah2B tak mau dia asyik teringat pasal perkara tu, so hadir la Jimmy sebagai penyeri keluarga kami..


Jimmy tido pun dengan kami.. Siap suka duduk atas badan ayah2B lagi.. Manja bebeno.. And yang paling amazing pasal Jimmy - He likes Durian very much!! Pantang biler dia dah mengesan bau durian, mula la xsng duduk, terpusing2 cari buah tu.. Dah dapat makan 2-3 ulas baru dia akan duduk diam.. Entah la, kdg2 ayah2B pun konpius.. Dia ni ada kacukan tupai ker.. Dia tak makan chicken or even a red-pure-fresh fish.. Hanya friskies and whiskes.. Daging panggang, ayam kfc, ikan goreng or whatsoever is not his interest.. Not at all.. So weird kan??.. ayah2B dah bela banyak kucing but this is the first cat creature yang reject such meats..

Tapi senang jaga dia, bertuah rasanya dipertemukan dgn dia.. Kalau dia nak MELEPAS, normally dia akan buang dlm cat sand.. Tapi..

Pagi ni lepas balik dari menikmati roti canai yang gebuss dan garingss.. ibu2B menjerit sbb jumpa KHAZANAH dia betul2 dalam penyodok sampah!! Arrgggghhhh.. Jimmy2, dia tak tahan sangat, sampai ter'kebabommm' dalam penyodok.. Kena la buang penyodok tu, baru je beli semalam.. Bau dia.. Aduhhh boleh kluar balik roti canai tu.. Masa nak kluar tadi tak perasan dia ada dalam umah rupanya.. Dulu dah skali, sakit perut tak hengat agaknya, dia kebabomm atas pengesat kaki.. Buang la jawabnya pengesat kaki tu..

Ikutkan hati ayah2B nak je publish gambar penyodok mangsa kebabomm jimmy.. Tapi takut lepas ni blog ayahwan kene band plak.. 2 kali kebabomm - 2 juga benda kena buang.. Bijak juga si Jimmy ni - Kebabomm atas benda yang senang dibuang yer.. Jimmy2.. Ayah marah ni tau, bukan puji.. Sunat kang.. Daa..

Roti Canai Marveless..

Salam.. Sambungan misi mencari roti canai yang TERGEBUSSS dan TERGARINGGSS.. Pagi ni ibu2B ajak pi pasar borong (24 jam) Seri Kembangan yang very der luass itteww.. Kul sepuluh baru kami pergi.. Hehe.. Lepas terlewat bangun akibat berkaraoke malam tadi sampai pukul empat pagi.. Nasib baik tak ada batu bata terbang singgah ke sliding door kami.. Ini sumer influenza dari Mr Ayoi, Sis Nuni n Adik (my younger sister).. Mereka tu dah superb, level merdu jer suara biler karaoke.. ayah2B dan ibu2B baru blajo, nak check suara kuar ke tak kat mic pun problem, biler ayah2B tanya ibu2B, dia dgn konpidennya kata kluar2.. ayah2B pun nyanyi la lagu Inteam dgn khusyuk.. Tiba2 baru perasan, mic tu tak on pun, macam mana ibu2B blh kata tadi suara kluar kat speaker.. Konpiusss2!!.. ibu2B hanya ketawa mengekek.. Hehe.. Lps dah jammed telinga dengar suara sendiri, psg citer Wall-E.. Tapi rasanya robot wall-e tu yg tgk kami.. ZZzzzz..

Sampai je di psr, cari daging.. ibu2B nak masak rendang.. Huh sedapnya.. Beli sikit bebola daging, perut dan paru lembu.. Ingat nak suruh ibu2B masak sup campur besok.. Isk2 belum apa2 rasa nak meleleh air liur ayah2B.. Rosak lagi program diet kali ni..

Lepas selesai beli barang kami singgah la di satu kedai yang ada jual roti canai dan ramai orang.. Dengan hipotesis awal - Pelanggan ramai + Ada roti canai = Roti canai marveless... So order la 2 kpg utk ayah2B dan 1 kpg utk ibu2B.. Lama juga menunggu, siap servant tu kena marah lagi dgn pembuat roti canai sbb hantar roti ke customer yg salah.. ayah2B tengok gelagat pembuat roti canai tu macam siri Naked Chef kat Astro.. Garang n berlagak.. Harus kerr??.. Kang jadi chef yang di'naked'kan baru tau.. Haha..

Finally sampai juga order kami.. Masuk je suapan pertama ke molot, uuuhhhhhhhhh... Yummy.. Inilah roti canai yang dicari.. Sedap-Gebusss-Garingss.. Kuah dal dia pun okey.. Hehe nak tahu, kami tambah order lagi lepas tu, ayah2B lagi 2 kpg, ibu2B pun konon2nya mampu, minta juga 2 kpg.. Lepas tu tak larat, makan 1 suku keping jer, yang lain cam biasa ayah2B la kene tlg habiskan.. Anyway total of all, 7 KEPING Roti Canai kami kerjakan!! Huwah2.. Waktu bayar, staf kaunter siap tanya lagi - Roti canai 7 kpg??!! Banyaknyer.. Bungkus ker??.. ayah2B slumber je ngangguk.. Eleh, kita bagi kedai dia untung lebih, be thankful la kan.. ayah2B jelingz jer..

So for those yang nk try, pegi la Psr Borong Selangor, kat Equine Park Seri Kembangan.. ayah2B sempat snap gambo kedai tu curi2.. Roti canai dia memang GEBUSS dan Garingss.. Rasa dia huh marvelesss.. melitus.. hibiscus.. Hehe.. Cuba la, berbaloi..


Balik je umah, masa tgh angkat barang, ayah2B dengar ibu2B jerit kat dalam umah.. Tgk2, alamak Jimmy Kebabomm lagi!!.. Sambung next post ekk.. Daa..

Roti Canai Idaman..

Salam.. Mlm tadi ayah2B rasa teringin beno nak makan roti canai yang gebu n garing.. Tak lalu dah rasanya roti canai kat area umah infact kat Putrajaya ke.. Kajang ke.. Sumernya mamak made, very thin and tasteless.. Ada la some yang okey but tak mencapai 'kegebuan' dan 'kegaringan' yang ayah2B impikan.. Cheewwaahhh... Hehe..

Kebetulan pula ptg semalam Das (part time house maid yang larisss skalz di kalangan staf2 kerajaan di Putrajaya) tepon, kata dia available.. So ayah2B pickup dia and sampai je umah dia terus bersihkan tingkat atas.. Cepat betul dia wat keje.. Pastu settlekan tingkat bwh sampai dkt kul 9.30 malam.. Nasib la ada dia, ibu2B dah xlarat nak keje berat, ayah2B pun bukannya ramping sangat, stomach sama jer bulat dgn ibu2B... Hehe.. Sian tgk Das, boleh kata tiap2 hari lepas keje amik upah bersihkan rumah org.. Dan yang paling ayah2B respect, dia xlupa solat.. Smoga Allah murahkan rezki dia, sememangnya rakan2 kat opis sumer kata dia amanah dan kuat kerja..

Lepas hantar Das kat umah dia, ayah2B ajak ibu2B ronda2 cari roti canai yang diidamkan.. Sasaran pertama - Kampung Baru.. Puas pusing, ada 1 kedai Melayu tapi jual pagi jer.. Kemudian pergi pulak ke Keramat -Ampang.. Huhu x ada juga.. At last, makan di restoran xjauh dari rumah kami selepas kelaparan mencari roti canai gebuss dan garingg- Bihun sup, Kuehtiaw Celup dan Kerang Bakar - Menjadi menu di kala 12.30 pagi!! Sedap makanan di tempat orang, enak lagi di halaman sendiri.. Daa..

Thursday, July 9, 2009

Ibu2B Demam

Salam..

This is my first entry for this blog.. Excited sangat.. Payah sungguh rasanya untuk mula tapi mengenangkan detik2 yang amat bermakna dalam hidup ayah2B dan ibu2B akan menjelang xlama lagi, so start la menaip segala isi hati..

Kenapa ayah2B dan ibu2B??.. Hehe.. Sebenarnya itu adalah gelaran buat kami yg bakal bergelar AYAH & IBU Oktober 2009 nanti.. Insya Allah.. Setelah ibu2B keguguran 2 kali pada tahun 2007 dan 2008, kandungan ibu2B kali ni dengan izin Allah s.w.t dah berusia hampir 26 minggu atau 6.5 bulan.. Kalau ikutkan Dr. Hazim (Pakar O&G Putrajaya Hospital) n Dr. dari Klinik Pakar Sakit Puan Equinne kata, baby GURL yang akan lahir nanti.. Kami xkisah pun soal jantina, yang penting dia selamat, sempurna dan sihat sudah.. Amiiinnn..

BTW ibu2B demam plak hari ni.. Rasanya ni 1st time dia demam since dia pregnant aritu.. Sian biler tgk dia xlarat, tp ayah2B kene jugak g keje sbb banyak lagi tasks yang intray.. Sis Nuni kata ada ubat demam utk ibu2 mengandung, so blk nanti blh la bwk dia jumpa doktor.. Mr Ayoi plak monyok jer, sian kat dia, org lain xbyr air, xpsl2 paip umah dia kene lock.. Kene bgtau tuan rumah tu, biar dia jelaskan suma bil lama.. Kalau x pindah je la Mr. Ayoi, Paragon 202 stil available.. Hehe..

Anyway mlm ni tgk ibu2B dh almost okey.. Bwk dia pi makan kt restoren Thai kt umah kami yg dh lama kami x pegi.. Ibu2B makan nasi goreng kampung xhabis pun maybe becoz sikecik tu xsuka.. Yup its true, nampak obvious sgt biler dia suka, ibu2B akan makan banyak or otherwise ayah2B la kene settlekan.. Bertambah montel la jwbnya..

Syukur sbb demam tu sekejap jer.. Hopefully ibu2B and our little baby will always healthy and happy.. Ayah2B selalu doa agar Allah beri diri ini kekuatan untuk menjaga keluarga kami..

Jumpa lagi.. Daa..