Showing posts with label SekadarRenungan. Show all posts
Showing posts with label SekadarRenungan. Show all posts

Friday, November 13, 2009

:: Ingatan BUat Diri Sendiri ::

Salam.. Ayah masih berjaga, sambil siapkan Kertas Tugasan PTK... Sambil jua menonton Separuh Akhir Muzik2.. Hehe.. Sempat lagi tu..

Ibu dan Madihah dah slamat beradu di dalam kamar tidur.. Jimmy lena disisi ayah, setia yang tidak pernah berubah.. Dia kian selesa dan seronok di rumah baru..

Xsabar rasanya nak siapkan kertas tugasan ni.. Mr Ayoi n d geng p tgk citer 2012 mlm ni.. Uiihh jelesnyer.. Siap je keje ayah nak lepas geram menonton siri 2 dan 3 Supernatural yg dh berhabuk dalam almari..

Mmm.. Tgh2 surf mencari idea,ayah terjumpa 'post' ni dalam satu forum.. Simple but menyedarkan.. Bacala..

Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Peringatan buat diri sendiri.. Yang selalu alpa dan lalai.. Ya Allah ampunilah daku..

Thursday, July 16, 2009

Punca Anak Derhaka

Salam.. Semalam ayah2B sibuk sikit.. Sebab nak kena present modul dalam meting bersama central agencies yang lain.. Anyway thanks to Miss Sarah sebab tolong ayah2B prepare all the mockup data.. Ada sikit silap but then it was very very tiny.. Nothing to worry yer Sarah.. Biasa la everybody has their own point of view and perspective.. Infact some of them have tendency to over react compared to the project owner itself.. Biarkan jer.. Janji kita akan cuba improve time by time.. Okey.. Sis Nuni walau katanya nerbes nak present, bila dh bercakap huh.. gaya Oprah tuu.. Syabas.. Syabas..

Petang sebelum balik umah, ayah2B pun surfing la sekejap.. Nak relaks kan kepala.. Mr Ayoi n Sis Nuni dah balik.. Talking about Mr. Ayoi, lately he so quite.. Kalau ayah2B ada salah yang tak disengajakan, im so sorry yer.. Jadi xmeriah opis..

While surfing ayah2B terbaca artikel pasal punca2 anak derhaka.. Elok juga baca pasal ni so that later on kita aware dgn tindakan kita.. Mudah2an dengan asuhan yang betul dan tarbiah dari Allah s.w.t kita akan jadi ibu bapa yang baik dan dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh/solehah.. Hayati lah..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"..

Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Serba sedikit untuk kita kongsi bersama.. Daa..