Friday, November 13, 2009

:: Ingatan BUat Diri Sendiri ::

Salam.. Ayah masih berjaga, sambil siapkan Kertas Tugasan PTK... Sambil jua menonton Separuh Akhir Muzik2.. Hehe.. Sempat lagi tu..

Ibu dan Madihah dah slamat beradu di dalam kamar tidur.. Jimmy lena disisi ayah, setia yang tidak pernah berubah.. Dia kian selesa dan seronok di rumah baru..

Xsabar rasanya nak siapkan kertas tugasan ni.. Mr Ayoi n d geng p tgk citer 2012 mlm ni.. Uiihh jelesnyer.. Siap je keje ayah nak lepas geram menonton siri 2 dan 3 Supernatural yg dh berhabuk dalam almari..

Mmm.. Tgh2 surf mencari idea,ayah terjumpa 'post' ni dalam satu forum.. Simple but menyedarkan.. Bacala..

Kenapa lah. Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun seorang-seorang..

Kenapa lah aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Peringatan buat diri sendiri.. Yang selalu alpa dan lalai.. Ya Allah ampunilah daku..

:: DiLeMMa ::

Salam.. ayah tika ini masih di opis.. Masih ada kerja yang belum beres.. Masih ada tugasan PTK yang belum bersentuh meskipun perlu dihantar Isnin depan..


Risau memang risau tapi malangnya minda ini tepu dari segala idea yang bernas.. Tak ada mood.. Tak ada motivasi.. Puas dah ayah mencuba dan memerah otak mencari kalau2 ada ilham yang mungkin singgah.. Malangnya kebuntuan pula yang datang..


Sebabnya??.. Itupun ayah xpunya jawapan.. Sis Nuni dan Mr. Ayoi dh sampai masa untuk naik pangkat.. Sebagai kawan ayah tumpang gembira.. TAHNIAH buat mereka itteww.. Setidak2nya itu petanda yang batch ayah akan menyusul nanti.. Cuma kapasiti di tempat ayah hanya mungkin punya satu tempat kosong untuk jawatan mendatang mereka.. Makna nya salah seorang atau kedua-dua mereka PASTI bertukar ke tempat lain..


Tinggal ayah di sini.. Tinggal Jumi.. Tinggal Kak Why..


Mr. Ayoi mungkin pergi.. Sis Nuni mungkin pergi.. Kak Zalinah akan pergi.. Kak Min akan pergi..


Kegembiraan.. Keceriaan.. Dan kemeriahan sesi Lepas GeRRaMM di ruang ini pasti hilang.. Sedehnya..


Apa la nasib ayah nanti..


Uhhhhh.. Feningzzzzzzzzz....


Friday, November 6, 2009

:: Third Anniversary ::

Salam.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah kerana dengan izinNya ayah masih di sini.. Memberi khidmat bakti pada Malaysia yang dikasihi.. Hari ini, 6 November 2009 genap 3 TAHUN ayah bergelar kakitangan kerajaan..

Bukan jangkamasa yang panjang tapi banyak pengalaman suka dan duka yang ayah alami selama tiga tahun berkenaan.. Bekerja bukan seperti belajar.. Kalau study kita biasanya akan fokus dan jika berusaha gigih, Insya Allah kejayaan menanti kita di penghujungnya.. Tapi bekerja, ranjau dan duri pasti mengiringi langkah2 kita.. Benarlah kata org tua, bukan senang mencari walau sesuap nasi..

Banyak kelemahan yang perlu ayah baiki.. Tumpuan mudah sangat hilang, mungkin sebab terlalu banyak perkara yang berlaku dan perlukan perhatian.. Yang paling ayah sedar, sukarnya memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan anak sulung dalam masa yang sama.. Tapi bila rasa tertekan dan lemah semangat, ayah selalu pujuk hati sendiri agar sabar dan Allah sendiri telah berfirman yang Dia tidak akan memberi sesuatu ujian kepada hambaNya melainkan hamba itu mampu memikulnya..

Alhamdulillah Ma dan Abah, Mak,n Adik2 selalu di sisi ketika ayah memerlukan tunjuk ajar mereka.. Dan yang utama syukur pada Allah, Ibu sentiasa bersama ayah tika susah dan senang.. Bergaduh itu adat rumahtangga, yang penting kita sama2 baiki keadaan agar menjadi lebih baik pada masa hadapan.. Buah hati ayah, Nur Madihah - inspirasi dan pendorong ayah dalam memperbaiki kehidupan keluarga kita..

Kengkawan seopis - Sis Nuni, Mr. Ayoi, Jumi n Sis 'Why' - Thanks for your support.. Telatah kalian menghilangkan segala kepeningan di opis tu.. Hehe.. Semoga silaturahim yang terbina tiada penghujungnya..

Semoga masa hadapan lebih baik dan cemerlang.. Dan lulus la hendaknya Paper Generik PTK ni.. Xsabo2 nak ikut jejak geng2 naik pangkat.. Aminn...


Harap2 la xoverwork smpi cmtu plak.. Hehe..

Wednesday, October 21, 2009

:: JiMMy Yg SuNyi.. ::

Salam.. Lama dah rasanya ayah (dh upgrade??... No more ayah2B??.. Nanti kiter citer yer..) tak post entry kat blog ni.. Penyakit yang sama, yang biasa - SIBUK!!.. Kadang2 ada masa terluang cuma idea yang xkunjung datang...

Selepas bulan Syawal baru2 ni, banyak sungguh peristiwa yang menjelma.. Tak menang tangan rasanya ayah untuk menangani semuanya pada satu masa.. Baik soal pejabat, soal keluarga - berlegar2 dalam fikiran sampai ayah xtahu nak fokus yang mana dulu..

Sekarang ni ayah dan family menetap di apartmen adik ayah, di Putrajaya.. Manakala rumah di Equine sedang dalam proses pengemaskinian.. So most of the days ayah akan balik ke sana sebelah malam atau hujung minggu untuk sambung membungkus barang.. Tinggal la JiMMy keseorangan..

Sian dia.. Lama dah xjumpa ibu.. Pantang nampak ayah balik, pasti nak menggesel2 minta digosok dan didukung.. Hari tu ayah kurung dia dalam sangkar tapi sebab dia cirit birit ayah biar dia berkeliaran.. Dia hanya akan dapat masuk rumah biler ayah balik jer..

Akibatnya dia dah pandai panjat ke bumbung tingkat atas dan masuk umah melalui pintu tingkap bilik air yang terbuka.. Tinggi tu.. Tapi yelah.. Mungkin selama ni dia dah biasa terperap dan tido kat dalam umah dengan kami.. Keluar biler nak pi-pi, po-po n mengawan jer..

So sebagai new alternative - ayah letak makanan, air, n pasir toilet dia dalam bilik air tu.. So biler2 masa dia boleh masuk dan makan and panjat keluar balik.. Sabar la Jimmy ya.. X lama dah.. Insya Allah lepas ni kita sama2 pindah ke rumah baru.. Semoga dia xterasa diabaikan.. Kasih sayang ayah dan ibu xpenah hilang atau berkurang biarpun kita dah ada ahli keluarga yang baru..

Ni gambar dia yang ayah tangkap semalam.. Dia memang kalau nak tido mesti nak geser dgn ayah atau ibu and mesti sebahagian badan dia - muka/telinga/ekor kene dkt kulit kitaorg.. Kalau tak, mesti dia susah nak lena n xsenang duduk..

Jimmy.. Jimmy.. Xpenah berubah.. Manja betul..

Hahh.. Kan dah lena.. Nak jugak tanga gebusss ayah ni jadi pelapik..
Sabar la sayang ekk.. Nanti ayah kemas umah cepat2.. Kita pindah umah baru ekk..

Friday, September 18, 2009

SeLaMaT HaRI RaYER

Salam.. Di kesempatan ini ayah2B dan ibu2B ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan atas segala salah dan silap kami..

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu satu kekuatan untuk menempuhi cabaran yang mendatang..

Alhamdulillah, Aidilfitri kian menjelang.. Raikanlah dengan penuh kesyukuran.. Jangan dilupa pada golongan susah dan anak yatim..

Hati2 di jalanraya.. Mulakan perjalanan dengan doa mohon Allah lindungi kita dari sebarang perkara buruk.. Berehat la ketika mengantuk.. Biar Lambat asal SELAMAT..

Terima kasih dan penghargaan jua buat para pelanggan BLINK2LaDY.. Sokongan anda amat kami hargai.. Semoga terus setia menyokong kami.. Pasti mengerlip di Aidilfitri..

Akhir sekali, doakan ibu2B selamat bersalin.. Anak kami selamat dilahirkan dengan sihat walafiat.. ayah2B memang berdebar menantikan saat ini.. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..

Akhiru kalam - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN


** Terima kasih kepada tuan punya poster raya kerana benarkan ayah2B publish kat blog ni.. Thanks ya!!

Tuesday, September 8, 2009

Kepala Yang Kecelaruan..

Salam.. Lama dah ayah2B xhapdet blog ni.. Sibuk banget!!.. Opis dengan 5s nyer.. Im not really remember about that 5's' meaning but personally I dont feel any impact of it!!.. Some more it makes my life more chaotic and miserable.. Banyak sangat benda and dokumen yang perlu DIISIH dan DIBUANG.. Yahh ayah2B mengaku sepatutnya kita perlu ada some kind of method utk menguruskan harta menda kita di opis but not that drastic!

Last week ayah2B dapat call dari Unit Kuarters saying that Ive got one!! Alhamdulillah.. Cuma kunci xdapat lagi.. Rumah tu stil under maintenance for utmost 2 months.. Seronok and risau - bercampur baur di dalam kepala.. Apa yang merisaukan adalah - ibu2B yang dah nak masuk 35 minggu bersalin and kami kene pindah at the same time??!!.. UUrrgghhh.. Kurus den dibueknyooo..

ayah2B hanya bertawakal, semoga semua urusan dipermudahkan.. Skang ni pun ibu2B dah start packing mana yang blh.. Sedeh sebenarnya nak tinggalkan rumah dekat Taman Lestari Putra ni.. Tuan rumah yang amat baik hati n amik berat (million thnks to Mr. Yeoh n Madam Yee) - Siap attend kenduri kawen kitaorg lagi walaupun masa tu baru je kenal.. Example of 1Malaysia..

Mula hidup sebagai suami isteri - 3 tahun yang sudah dcni.. Hampir dapat 2 baby pun kat cni.. Mula bela our cute and adorable cat - Mr. Jimmy pun dcni.. Ada neibor yang very kind - Fadil and Lydia, almost nak due juga xlama lagi.. Banyak lagi kenangan lain.. Tapi yelah.. Apa lah daya kita untuk menahan takdir.. Kehidupan mesti diteruskan.. Semuanya akan dikenang sehingga ke akhir hayat..

This week ayah2B kene settlekan 5s tu.. Pasni nak kene pack barang-bwa ibu2B pi checkup n Darul Syifaq nak minta air selusuh also kene prepare for kelahiran cahaya mata kami yang sekian lama ditunggu.. Hari Raya??!! Akan disambut seadanya..

Hepi Birthday to Amir Nasser!!.. Semoga jadi anak yang soleh.. Bahagiakan ummi dan abi yer..

Juga diumumkan dengan rasminya - on9 bisnes kami telah pun mula beroperasi!!
Lawatilah http://blink2lady.blogspot.com - Penjual brooch/kerongsang paling MELETOPPSS di abad ini!!


Jumpa lagi.. Daa..

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak


Salam.. Dikesempatan ini ayah2B ingin mengucapkan:


"SeLamaT MenyamBuT BulaN RaMaDHan Al-MuBaraK"


Semoga ibadah puasa kita lebih baik dari tahun2 sebelumnya.. Sesungguhnya Ramadhan merupakan bulan keampuanan.. Mudah2an Allah sudi mengampunkan segala dosa kita dan meredhai kehidupan kita dunia dan akhirat... Aminnn..

Kepada ma-abah dan mak, Yung mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan ketelanjuran kata atau perlakuan.. Halalkan semuanya.. Nanti kita berbuka sama2 ya..

Kepada ibu2B, saya nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Sememangnya banyak lagi kekurangan saya sebagai suami.. Semoga rumahtangga kita makin berseri dgn kehadiran baby nanti.. Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya..

Kepada adik2 ku.. Tabah lah mengharungi kehidupan ini.. Kisah kita masih panjang.. Anggap saja apa yang telah berlaku sebagai pengajaran dan iktibar buat kita.. Jangan putus asa.. Allah sentiasa bersama dengan hamba2Nya yg sabar..

Buat kengkawan.. Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat waktu susah dan senang.. Biar jarak dan masa menjadi pemisah.. Namun Insya Allah, kenangan tetap abadi dalam ingatan.. Semoga semuanya beroleh kejayaan dunia dan akhirat.. Maafkan segala khilaf dan halalkan semuanya ya..

Salam ramadhan..
Psssttt.. Berdebar juga ni.. ibu2B dah dekat 9 bulan..

New Personal Stuff II

Salam.. Misi mencari KAMERA diteruskan.. Semalam ayah2B pun menunggu la panggilan dari Danial-Trainee Sony yang very derr baguss tu.. Tapi rupa2nya memang dah xada stok, dia propose model Alpha SLR 330 or 230 pulak.. So terpaksa la kami mencari di tempat lain, sian trainee tu..

Mr Ayoi mencadangkan kami cuba survey on Nikon plak.. Model yang menarik perhatian adalah SLR D40, D60 dan D80.. Bila dah banding2 kami berkenan dekat model D80.. So berkat usaha ibu2B surfing kat Internet - ada 1 kedai di Alamanda - Fotokem, yang ada jual model tersebut..

Lepas keje kami terus ke Alamanda dgn ayah2B diserang cirit birit yg agak serius.. Sampai cramp jugak la p**gg**g dibuatnya.. Wahaha.. Sampai je di kedai tu, salesman tu terangkan perbezaan Sony, Nikon, Olympus and Canon..

Atlast, kami berkenan dekat -Nikon SLR D5000- yang baru je launch bulan April yang lalu.. Puas hati la tgk features dia dan amat sesuai utk beginner seperti kami ni..

Yang bessnyer kedai ni baik banget.. Siap bagi diskaun n menda2 free.. Antaranya..



Tripod Panasonic...

Payung Nikon Coolpix - Canggih gler design payung ni..

Nikon Coolpix - Travel Kit Bag.. Comei2..

Sony Paper Bag - Cantekk bangett.. ibu2B siap mintak extra 1 beg lagi tu..

Original Nikon Camera Bag..

Free Album Book (Print n Bind) - Worth about RM 130.. Blh wat album baby nanti..


So inilh dia rupa Nikon SLR D5000.. Btw gambo2 ni sumer ayah2B guna hp jer tau.. Belum guna kamera ni lagi..

Pandangan hadapan..

Pandangan atas..

Charger-TV cabel-USB cabel..

Kotak dia.. Hehe..

Yang ni aksesori tambahan.. Dia bg diskaun la.. Screen protector-Lens protector-Memory card 16Gb.. Sumer tu lepas diskaun dekat RM450..

Alhamdulillah.. Dapat juga kamera idaman.. Tak blh la tunjuk gambo byk2 nanti org kata riak plak.. Palis.. Palis.. Kalo nak tgk search jer Nikon D5000...

Semoga kamera ni membantu online bizz kami nanti.. Yang penting - Kene Guna!!.. Kalau idak sia2 la duit ribu-riban itteww... Tunggu pengumuman online bizz kami!!- BLINK2Lady!! Daa..

New Personal Stuff Part I

Salam.. Semenjak balik kursus ni aktiviti ayah2B memang caca marba sket.. Kerja2 opis yg stil pending memerlukan perhatian segera sedangkan mood ayah2B belum stable.. Mahu atau tak kene buat jugakan.. Tertekannya...

Dalam masa yang sama ayah2B ada projek online bizz dengan Sis Nuni.. ibu2B pulak jadi auditor dan online adminnya.. Apa yg hendak dijual Biar lah Rahsia dulu ekk.. Nanti jgn lupa bg sokongan tau!!

Antara equipment yang diperlukan adalah KAMERA.. Dah cuba kamera Sis Nuni, ayah2B dan juga opis (hehe.. pinjam sat jerr).. But at the end, we stil unsatisfied with the quality of the picture.. So last 2 days, ayah2B n ibu2B went to Jusco Equine looking for desklamp a.k.a study lamp as additional backup light..

But finally the plan has totally changed.. Due to the desklamp price that worth around RM 150 -RM 200, we thought better to get a new CAMERA.. Besides for bisnes, we can use it to take our little baby picture as wel.. Hehe.. So we went to Sony outlet..

The store trainee treated us so well.. He proposed us to buy alpha SLR, series 200 or 350.. Looking at the price, both of it worth around RM 2000 t0 RM 3300.. Pretty expensive but the performance is superb, so valuable to own one.. Eventually we choosed alpha SLR 350 but so unlucky they dont have new unit anymore.. So the customer-friendly trainee promised us to get the camera from other outlet by tomorow..

To be continued..

Monday, August 17, 2009

Brooch

Try to post this brooch pic (using .PNG).. C how it wud appear..

Insya Allah.. Kisah baru.. Perjalanan baru akan bermula selepas ini.. Ya Allah mudah2an Kau berkati usaha kami.. Kurniakanlah kami rezeki yang halal .. Aminn.. BLINK2Lady...

Thursday, August 13, 2009

Al Fatihah - Ustaz Asri Ibrahim Rabbani

Salam.. ayah2B baru jer baca pasal konsert Rabbani-Hijjaz-Raihan bulan Ogos yg lalu.. Bukak pula site Utusan Malaysia then terbaca salah satu berita terkini - 'Asri Rabbani Meninggal Dunia"... Tergamam seketika..

Innalillah.. Telah sampai waktunya, beliau dijemput pulang oleh Penciptanya.. Satu kehilangan yang pasti amat dirasai oleh penggemar irama nasyid.. ayah2B memang menyukai vokal dan lenggok suara arwah yg amat powerful since masa beliau dalam kumpulan Nadamurni lagi..

Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.. Mudah2an ahli2 kumpulan Rabbani yang lain tidak patah semangat utk meneruskan perjuangan..


Ustaz Asri Ibrahim

3 OGOS 1969 - 13 OGOS 2009

Al -Fatihah...

Dugaan Sewaktu Berkursus

Salam..

Minggu ni ayah2B xberada di opis.. Seminggu berkursus di INTAN Bukit Kiara, Key Ell... Tima kasih byk kat bos sbb beri permission utk ayah2B attend kursus ni.. Tajuk dia - System Analysis And Design (Object Oriented).. Bebudak degree tau la menda ni..

ayah2B attend sbb nak lari dari opis.. Huhu.. Tak ada la acah jer.. Saja join sbb nak refresh memory psl use case, package, activity diagram n so on n so forth.. Kalau ada rezki nak sambung study dalam domain SAD ni..

Rindu juga kat opis.. Xnampak muka geng2 - Mr. Ayoi, Sis Nuni, Jumi, Akib, Su n yang lain2 rasa lain mcm jekk.. Xapa la tinggal sok jer.. Hari ni merupakan hari ke-4 dan more special, ibu2B dah GENAP 30 MINGGU!! Tak sabar rasanya menunggu kelahiran anak kami.. Ya Allah, Kau selamatkanlah semuanya, permudahkanlah urusan kami.. Aminnnn..

Kemudahan kat INTAN ni memang superb.. Lab pun selesa.. Cuma.. Ada sedikit masalah berkaitan dengan lokasi utuk makan tengahari.. Fuhhhhhhh.. Silap haribulan ayah2B rela tak makan, tapi risau GASTRIK.. Tabah kan jua hati ini utk mengorak langkah demi sesuap nasi..

Cuba bayangkan..

Keluar jer lab.. tangga ni dah menunggu..

Tangga seterusnya..

Uiiii... Lorong panjang plak dah..

Tangga lagi.. Boleh tahan kecuraman dia..

Lorong lagi...

Tangga lagi.. Sakit dah urat2 kaki ni..

Lagi2 lorong..

Panjat bukit plak.. Masa ni ayah2B rasa cam nak makan pokok jer..

Dan terus mendaki.. Daki peluh pun dh bnyk..

Baru nampak dewan makannya..

UUhh.. Lega dah sampai..

ARRgGgghh... Tangga lagi..

Tak habih2 lagi tangga.. Huwaaaa...

Pintu ke 2.. Adakah makanan di dalam..

Dewan Seri Idaman yang bukan idaman..

Begitulah kepayahan.. Kesusahan.. Keperitan.. Yang ayah2B alami demi mendapatkan sesuap rezeki.. Org lain especially kat opis tu bersyukur la.. Kafe ada, Alamanda ada, Cottage ada...

Okay la stakat ni dulu.. Nak fokus kat kelas pulak.. Sebelum tu ayah2B nak seru semua supaya ramai2 kita berdoa mohon Allah s.w.t jauhkan bala H1N1 dari menjangkiti kita semua.. Mudah2an kita semua dilindungi Nya selalu.. Aminn...

Tuesday, August 4, 2009

Abg Sakit..

Salam.. Agak lama juga ayah2B xwat entry.. Tak sempat.. Keterbatasan waktu sangat ayah2B rasai.. Banyak lagi yg ayah2B perlu pelajari - bagaimana nak menguruskan masa dgn berkesan.. Sesungguhnya masa yg berlalu pergi takkan kembali..

Semalam masa ayah2B di opis, ibu2B telifon beritahu Abg Junaidi (Brother-In-Law a.k.a BIL) tak sihat.. Kakak sms srh kami lawat abg.. Infact mak pun dh beli tiket utk ke Shah Alam malamnya..

Kalau ikutkan minggu ni ayah2B kene stay back, byk keje yg pending and minggu depan kene attend kursus pulak seminggu.. Tapi memikirkan keluarga, ayah2B balik juga dalam pukul 7 pm..

Sampai di rumah abang dalam pukul 8.30 pm.. Sayu ayah2B rasa biler melihat keadaan abg.. Lemah sgt, jgn kata nak bangun atau makan.. Nak bercakap sepatah pun susah.. Dia dah dua kali ke klinik tapi xada efek pun.. So kami decide nak bawa abg gi checkup di Selangor Medical Center (SMC)..

Sampai sana org punya la ramai, macam hospital baru bukak pukul 8 pagi tu.. Lepas daftar abang rehat dalam kereta.. Tak sampai hati takut abg kene tunggu lama, kami menuju ke Salam Medical Center pula.. Rupanya2 hospital ni tgh vaccinate the whole building sebab ada kes H1N1 kat ctu.. Kami pun berlalu pergi..

Seterusnya kami ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC).. Nothing change.. Patient cukup ramai.. Mereka cdgkan kami hantar abg ke Subang Jaya Medical Center (SJMC).. Biler call SJMC, mereka kata paling awal pesakit akan terima rawatan adalah dlm masa 2 jam!!.. ayah2B cukup pelik kenapa malam ni pesakit sgt ramai.. Musim agaknya..

Atlast balik semula ke SMC, nasib baik tadi tak cancel registration.. Setengah jam lepas tu baru abg dipanggil untuk rawatan.. Doktor amik darah n masukkan air.. Kami disuruh datang semula selepas pukul 12.30 malam.. Sementara tu ayah2B pun bawa semua ke restoren dulu utk mengisi perut yg keroncong..

Dalam pukul 1.30 pagi, doktor di SMC bagi reference letter utk masukkan abg ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.. Kami terus menuju ke hospital berkenaan..

Di HTAR, ayah2B turunkan abg and yang lain2 di unit kecemasan.. Keadaan yg sama, pesakit cukup ramai.. Ya Allah hentikan lah musibah H1N1 ini.. Abg dimasukkan ke unit merah (kritikal tapi under control).. Kalau hijau tu xtremly critical..

Di tempat parking ayah2B lihat GAGAKZ everywhere.. Bergentayangan di atas pokok.. Ingat 1 pokok jer rupanya pokoks-pokoks!!.. Sambil bunyi ark.. ark.. ark.. Pastu berak atas keta org.. Saboo jer la..

Tambah lagi sadis.. SMC lupa nak enclose result blood test abg.. So HTAR kene ulang test pulak.. Isk2 macam dugaan..

Result shows that glucose level in blood abg is xtremely high.. Abg also has sore throat which might infected his lung.. Sebab tu dia sesak nafas.. Abg kene tahan di wad until gula turun and he become stronger..

Kami tinggalkan abg di wad dan terus pulang ke rumah abg di seksyen 17.. Kebetulan mak pun dah sampai.. Sembang seketika dgn mak.. Lepas tu kami bertolak pulang ke rumah dan sampai sekitar jam 6 pagi.. Semoga abg beransur sembuh..

Kita bukan selamanya sihat.. Senantiasa kaya.. Pasti suatu hari sakit akan kita rasai.. Mudah2an Alah beri kekuatan kepada kita utk saling menolong sesama insan.. Ikhlas dan tulus keranaNya.. Aminn..

Sunday, July 26, 2009

Al Fatihah - Yasmin Ahmad (01/07/1958 - 25/07/2009)

Salam.. 2-3 hari ayah2B xmengadap internet, paper and even tv.. Rupa2nya pengarah filem/iklan yg amat ayah2B kagumi - Pn. Yasmin Ahmad - admitted because of stroke and eventually, telah kembali ke rahmat yang Esa pada 25 Julai (malam Sabtu) yang lalu.. Al Fatihah..

ayah2B memang amat terkejut.. Tergamam.. Speechles.. Sedih.. Rasanya baru jer menonton filem Talentime dgn ibu2B aritu.. Takziah buat keluarga beliau.. Semoga semuanya tabah menerima ketentuan Yang Maha Esa.. Sesungguhnya segala yang terjadi telah tersurat di Loh Mahfuz.. Semoga Allah mengampuni segala dosa beliau dan mencucuri rahmat ke atas rohnya amin..

Yasmin Ahmad - Semoga kekal dalam lipatan kenangan..

Tiada kehidupan tanpa kematian.. Masa kita akan tiba jua nanti.. Semoga rahmat dan keampunan Allah menjadi milik kita.. Amin..

Thursday, July 23, 2009

Baleek Kampung @ Checkup 7th Months

Salam.. Huwah.. Huwah.. Tak penah2 ayah2B wat entry kul 6 pagi.. Hari ni kami kan Baleek Kampong!!..

Sedari pukul 5.30 pagi tadi ayah2B dah bangun masakkan ibu2B karamel.. Sian dia dh brape hari request tapi ayah2B xsempat nak fulfil.. Cumanya gula karamel tu macam over pahit la pulak.. Mmm maybe sebab mata mamai2 lagi kutt.. Tak pe la, xsedap ayah2B buat lagi.. Dekat ruang tamu, ibu2B bukan main lagi, siap nyanyi lagu Balik Kampung sambil packing baju.. Suka bebenor..

Hari ni juga ibu2B kene g checkup utk bulan yg ke 7.. UUiihhh jap je rasanya masa berlalu.. Checkup bulan ke 8 pulak hujung Ogos during fasting month which is equivalent to 33 weeks.. Meaning to say the 36 weeks will be around 1st week or 2nd week or Hari Raya!!.. Rayakah kami?? Sempatkan ibu2B menikmati hidangan raya??!!.. Kita tunggguuuuu.. Xkisah la lahir biler pun, janji our little baby sihat walafiat..

Wat Sis Nuni, Sis Mazni, Mr Ayoi, Akib, Su n kengkawan lain slamat bertugas.. Jgn jeless ekk.. Kita gilir2 yer, lagipun seksyen kita tu aman sket kalau ayah2B xada..

Ju, welcome back.. Smoga kesihatan bertambah baik..

Sis Nuni, All D Best!! Ganbatte!! Nanti kita all out sama2 okay..

My bos, Kak Min million thanks sebab bagi ayah2B checklist barang2 baby.. Memang perlu sangat..

Sape2 nak order ... boleh lagi yer.. Hehe..

Alor Setar, Kedah - Destinasi yang dituju..

Okey la.. Jumpa lagi.. Doakan kami selamat pergi - selamat kembali.. Daa..

Wednesday, July 22, 2009

Demam Campak - Daun Bamboo

Salam.. Cik Ameera, anak buah ayah2B kene demam campak lagi!! Dah 2nd time.. Masa tahun lepas dah kene skali.. Iskk22.. Cuma dia tak demam and meragam.. Gatal2 pun sikit jerr..

Kebetulan pulak hero2 Sis Nuni - Ammar dan Amir (bukan Upin dan Ipin yer.. Hehe) baru jer kene demam campak so ayah2B pun minta la petua dari dia..

As she said ayah2B kene cari Daun Bamboo.. And the nearest place to get this leaf is Sis Mazni house.. ayah2B sebenarnya dah lupa mcm mana rupa daun tu and dgn gamblenya ke rumah Sis Mazni sbb menurut Sis Nuni pokok tu betul2 depan rumah dia..

Sampai sana, ayah2B tengok pokok tu boleh tahan tingginya.. Nak panjat kang kalau tak satu pokok tu tumbang atau bomba yang kene datang bawak ayah2B turun.. Bila ayah2B perhati betul2 rupanya pokok2 di sepanjang jalan tu adalah pokok yang sama, Pokok Daun BamBoo!!

Pokok dekat depan rumah jiran Sis Mazni tu agak banyak juga dahan yang rendah, nak main ambik jer ayah2B rasa cam kureng pulak.. So berlegar2 la di tepi jalan menunggu tuan rumah pulang..


Tak lama pastu nampak sorang kakak masuk dalam rumah tu n ayah2B minta la kebenaran untuk amik daun tersebut.. Baik sungguh kakak tu, siap ajar ayah2B camne cara nak guna daun tu as ubat chicken pox:


- Boleh rebus daun dia - mandi dgn air tersebut, jangan bilas..

- Tumbuk daun, campur dgn bedak sejuk pastu sapukan kat bintik2 campak tu..

Arigato ye kak! Siap bagi plastik lagi kat ayah2B.. Allah jer yang boleh balas budi kakak.. Kan senang kalau semua org dalam dunia ni mcm kakak tu - Bukan susah pun nak tlg orang..

Lihatlah badan ku - Berbintik2.. Uikss malu aa....

Malam tu ayah2B pulak yang gatal2 satu badan.. Siap ada bintik2 merah lagi.. Suspen juga takut dah bjangkit dengan Mira.. ayah2B pun sebenarnya 2 kali juga kene CP tu.. Kalau kene kali ke 3 haru dibuatnya.. Alih2 ibu2B kata tu bukan CP tapi gatal2 sebab xmandi.. Yelah baru ayah2B teringat, sejak amik daun tadi memang ayah2B belum mandi.. Lepas mandi, gatal pun hilang.. Fuhh selamat...


Daun yang ayah2B nyaris2 sangkakan daun bamboo.. Nasib baik tanya org, kalo tak, dah bawa balik-rebus-bagi mira mandi.. EEeee ngerinya.. Elok2 campak jer, ntah apa pulak yg tumbuh..

Friday, July 17, 2009

Baby Items on 16 Julai 2009

Salam.. Sehingga semalam (16/07/09) kami dah beli beberapa barang baby.. Hehe.. Excited oo.. Banyak sebenarnya yang ayah2B berkenan especially baju2 yang kiut miut tapi ibu2B tak brapa setuju untuk beli masa ni.. Ye la.. Sebab tak confirm jantina apa lagi.. So just beli yang colour general jer dulu.. Antara yang dah ada..

Sarung tangan dan kaki baby.. Yang berkain penuh n berlubang2..

Alas tilam dan sarung bantal dari Tok Ma dan Tok Bah.. Tok kat Kedah tgh siapkan bantal dan tilam kekabu.. Dah siap nanti ayah2B upload gambo dia..

Set baju baby yang Tok Ma beli di Beijing, China.. Bes le baby, blum apa2 dah pakai baju obersee..

Yang ni pulak ibu2B beli di Giant - 2 towel mandi.. 52 kpg Mamy Poko NB.. 4 kpg Petpet NB..

Di samping yang di atas, ada juga menda2 lain yang dah ada.. Some baru.. Some recycle Kak Meera punya.. Tak apa la, recycle pun okey.. ayah dan ibu nak ajar baby berjimat dan hargai setiap barang2 yang kita ada.. Syukur itu yang penting.. Nanti Allah tambah lagi nikmatNya pada kita.. Aminnn..

Jumpa lagi..

Thursday, July 16, 2009

Punca Anak Derhaka

Salam.. Semalam ayah2B sibuk sikit.. Sebab nak kena present modul dalam meting bersama central agencies yang lain.. Anyway thanks to Miss Sarah sebab tolong ayah2B prepare all the mockup data.. Ada sikit silap but then it was very very tiny.. Nothing to worry yer Sarah.. Biasa la everybody has their own point of view and perspective.. Infact some of them have tendency to over react compared to the project owner itself.. Biarkan jer.. Janji kita akan cuba improve time by time.. Okey.. Sis Nuni walau katanya nerbes nak present, bila dh bercakap huh.. gaya Oprah tuu.. Syabas.. Syabas..

Petang sebelum balik umah, ayah2B pun surfing la sekejap.. Nak relaks kan kepala.. Mr Ayoi n Sis Nuni dah balik.. Talking about Mr. Ayoi, lately he so quite.. Kalau ayah2B ada salah yang tak disengajakan, im so sorry yer.. Jadi xmeriah opis..

While surfing ayah2B terbaca artikel pasal punca2 anak derhaka.. Elok juga baca pasal ni so that later on kita aware dgn tindakan kita.. Mudah2an dengan asuhan yang betul dan tarbiah dari Allah s.w.t kita akan jadi ibu bapa yang baik dan dapat mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh/solehah.. Hayati lah..

Sabda Rasulullah s.a.w: "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"..

Dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

Anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup."

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

Serba sedikit untuk kita kongsi bersama.. Daa..

SuSHi @ Carre Four Alamanda

Assalamualaikum.. More about SuSHi.. Kalau aritu ayah2B try dkt SUSHI KING RESTAURANT, kali ni ayah2B tapau jer kat Carefour Alamanda.. Konon2nya dah terer, maka dh blh pilih sendiri, yakin sedap dan lazat..

Aduss juling bijik2 mata ayah2B tgk option sushi yg ada.. Macam2 kaler n perisa..Mak cik promoter pun bukan main, layan ayah2B baekk giler..

Actually banyak menda baru pasal sushi yang ayah2B blajo dari dia.. Dasat oo, nampak jer makcik tu macam tu.. Master of Sushi!!.. As she explained to me, for those yang baru nak cuba2 makan sushi, California SuShi is the best option.. Dlm sushi tu ada timun, crab stick pampered wth Japanese rice.. Gambo xsempat nak snap la..

Selain tu dia ajar juga makna2 nama sushi yang ada kat ctu.. Chuka idako maki - Sotong dalam bentuk roll.. Chuka Kurage - Jelly fish sushi.. Fukahire - Shark fin sushi.. Indigo - Sushi telur udang.. Unagi - Sushi belut.. Uuiii susah juga nama2 tu.. Kalah exam PTK.. Hehe..


Ni la antara sushi yang ayah2B tapau malam tu.. Rasa dia so-so jer.. Especially on dia punya freshness, memang tak sesegar sushi king la.. Tapi padan la dgn harga dia - jimat banget berbanding dengan sushi king.. Tepuk dada tanya selera!!!.. Daa..

Wednesday, July 15, 2009

Pampers

Salam.. Malam tadi ayah2B dgn ibu2B round2 dkt Tesco Kajang.. Saja jalan2 cuci mata sambil survey barang2 baby.. Sampai kat section pampers, ayah2B tgk untuk NB (newborn) ada 4 brand.. Mamy poko-Drypers-Huggies-Pet pet.. Perbandingannya..

Mamypoko - 52 kpg RM40 / Drypers - 56 kpg RM32..


Huggies - 52 kpg RM26 / Petpet - 48 kpg RM22.50..

So the cheapest price goes to Pet2 - RM0.46 per unit.. Kemalrin ayah2B dah beli MamyPoko kat Giant - 52 kpg RM 36.. Tgh offer.. Lebih kurang RM0.70 per unit..

However hanya Petpet, Mamypoko n Drypers jer yang ada navel care (pelindung pusat).. Maklum la, awal2 kan pusat baby belum tanggal n sensetip sket..

Hmmm so next time kene beli Petpet la.. Jimat sket.. Ekonomi tgh down kan.. Isk2 tak sangka ekk pampers wat balut anu dan punggung pun mahal rupernyer... Daa..