Friday, September 18, 2009

SeLaMaT HaRI RaYER

Salam.. Di kesempatan ini ayah2B dan ibu2B ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan kemaafan atas segala salah dan silap kami..

Semoga Ramadhan kali ini memberi kita seribu satu kekuatan untuk menempuhi cabaran yang mendatang..

Alhamdulillah, Aidilfitri kian menjelang.. Raikanlah dengan penuh kesyukuran.. Jangan dilupa pada golongan susah dan anak yatim..

Hati2 di jalanraya.. Mulakan perjalanan dengan doa mohon Allah lindungi kita dari sebarang perkara buruk.. Berehat la ketika mengantuk.. Biar Lambat asal SELAMAT..

Terima kasih dan penghargaan jua buat para pelanggan BLINK2LaDY.. Sokongan anda amat kami hargai.. Semoga terus setia menyokong kami.. Pasti mengerlip di Aidilfitri..

Akhir sekali, doakan ibu2B selamat bersalin.. Anak kami selamat dilahirkan dengan sihat walafiat.. ayah2B memang berdebar menantikan saat ini.. Semoga semuanya dipermudahkan Allah..

Akhiru kalam - SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN


** Terima kasih kepada tuan punya poster raya kerana benarkan ayah2B publish kat blog ni.. Thanks ya!!

No comments:

Post a Comment