Thursday, November 11, 2010

Seronot VS Cuak

Salam..

-YANG SERONOT-

HTC ayah dh kembali kepangkuan last nite.. Alhamdulillah.. Just imagine, not even 5 days pakai wifi dia dh mengong.. N then almost a month dekat kilang untuk dibaiki.. Dah la dealer dia fail PR.. ayah kol tnya status selang 2-3 hari pun she can get mad.. Apa la.. Lepas tu ibu yg tlg ayah kol dia smpi la henset tu siap.. Million thnks to my dearest honey.. Nanti ayah masak tepung talam for the upah okkay..

Hari ni kene start over.. Xplor cna cni.. Macam baru beli, a bit terkial2.. X per la.. Atleast menda dh ada di tgn... -YANG CUAK-
Petang tadi ayah cuba kol En Zahari.. Nak tau status permohonan.. Tapi dia xangkat.. Dua kali ayah kol.. Pun sama jer.. Cuak rasanya.. Napa dia angkat ekk.. Dulu kalau dia ada hal dia akan followup dgn sms.. Tp ni reply kol x, sms pun xada..

Lari kah dia.. Henset dia prob ker.. Isk2.. Dh dekat seminggu ni.. Dari bank xada kol, dia pun xhapdet..

Wahai En Zahari.. Napa dikau mnyepi.. Kalau lulus katakan lulus.. Kalau tidak khabarkan saja.. Dari ko diam xtahu ke mana pergi.. Ohhhh En Zahari..

Wednesday, November 10, 2010

Uppss Yer Ker??!!..

Salam.. Semalam ibu kata Orang hampeH tu dah kol bgtau my beloved HTC dah siap.. Sok (arini..) u blh dtg amik..

Betul ker??.. Boleh percaya ker??.. Dah hampir sebulan HTC ayah warded.. Baru dia nak kol.. Itu pun dia kol ibu, kalau ayah sendiri yang tepon nak tnya status mesti dia tak angkat.. Apa la.. Kedai cenggini pun ada.. PR failed!!

Hampeh!!..

Tu yang ayah was2 ni.. Curigas.. Belengas.. Sumer ada.. Wait n see.. Kalau tippuuu siap la dia.. Monster akan muncuk di The Mines.. Huwwah.. Huwwah..

Mak Nepah Sakit..

Salam.. Semalam masa lunch hour ayah melawat Mak (dia merupakan baby sitter ayah masa sekolah rendah) di IJN.. Kesian tgk dia.. Keletihan sebab dh lama kene tahan di wad tp belum juga operate..

Sepatutnya mak deh kene operate tapi hari tu dia demam.. So terpaksa postpone.. Semalam merupakan hari ke 15 mak di IJN.. Dah tak larat nak baring Boy (Boboy merupakan nama glamer ayah dulu.. Hehe..).. rintih mak perlahan.. Ubat pun nurse bagi paracetamol a.k.a panadol jer 2 biji.. Abah kata dah mohon untuk balik rumah dulu sementara tunggu date baru tapi doktor xbg.. Nak kene scan semula kat jantung tu n maybe xpayah operate pun..

Ayah doakan mak cepat sembuh.. Risau biler memikirkan ramai orang2 tua di sekeliling yang dh sakit itu dan ini.. Semoga Allah kurniakan mereka dan kami semua kesihatan yang baik dan umur yang diberkati.. Ammeenn..

Al Fatihah - Wan Suria Wan Junit (Su) 15/01/1981-28/10/2010

Salam.. Kalau tahun sudah Arwah Ila telah meninggalkan Meor dan kami semua.. Kini seperti yang tertulis di Loh Mahfuz, sahabat ayah, Saudari Wan Suria atau Su pula yang pulang ke hadrat penciptaNya..

Lama dah sebenarnya kami xberjumpa.. Last skali kalu seingat ayah kami bertemu di Sogo pada bulan puasa tahun 2008.. Itupun sekadar seketika kerana keadaan yang begitu sesak dgn ummat manusia yang sedang membuat persiapan raya..

Baru beberapa hari sebelum itu ayah ada bersembang2 dgn ibu mengenai Su dan keluarga yang sepi tanpa berita.. Terdetik juga di dalam hati untuk bertemu mereka tambahan pula Zam dan anak2 arwah tidak pernah berjumpa Madihah..

Ketentuan Allah mengatasi segalanya.. Pagi Khamis (28/10/10), Su telah kembali pada Yang Esa.. Masjid Bukit Aman menjadi tempat pertemuan terakhir kami.. Biarpun sekadar menatap tubuh yang kaku, tapi ayah bersyukur setidak2nya sempat jua menziarahi jenazah arwah.. Airmata xmampu ayah tahan apatah lagi melihat wajah sayu putera dan puteri yang masih kecil ditinggalkan.. Pakcik doakan agar kalian jadi anak yang soleh dan solehah.. Relakanlah pemergian ibu mu kerna di sisi masih ada ayah mu yang begitu baik akhlak dan tingkah lakunya menemani kalian menghadapi dugaan dan fitnah dunia..

Buat Zam, bersabarlah dalam menghadapi ujian ini.. Insya Allah, kita doakan arwah ditempatkan bersama para solehin dan semoga di Jannah tempat kita semua bertemu semula..

Ya Allah pada Mu tempat kami kembali.. Ampunilah dosa2 kami.. Golongkanlah kami di dalam kumpulan hamba yang Kau rahmati dan kasihi.. Ameeenn..
Al Fatihah Buat Allahyarhamah Wan Suria Bt. Wan Junit
15 Jan. 1981 ~ 28 Okt. 2010

Monday, November 8, 2010

NeXT STeP..

Salam..

Alhamdulillah.. Setelah berbincang dengan ibu, kami sepakat meneruskan misi ini.. Sebenarnya ini kali kedua niat yang sama terdetik di fikiran kami.. Cuma yang pertama dulu tidak jadi kerana faktor jarak dan komitmen kewangan yang agak ketat..

Kali ini, insya Allah, kami akan cuba sedaya mampu melalui alternatif yang ada.. Kalau ditangguh lagi takut bertambah tak mampu pulak sebab harga kian lama kian naik.. Tawakkal pada Allah jer..

Dah bincang dgn bank officer En Zahari yg cukup informatif dan mesra.. Cukup mudah berurusan dengan beliau.. Tidak memberi harapan menggunung tapi tidak juga sampai merendah2kan kami.. Berdebar menunggu result permohonan macam tggu SPM pulak.. Hehe..

Booking pun dah buat pada 4 hb Nov (Khamis) yg lalu.. Now menunggu keputusan loan.. Sambil fikir2 sumber untuk bayaran 5% atau 10%.. Ya Allah bantu lah kami..

Thursday, November 4, 2010

MeNUNG_Gu

Salam..

Jam pada skrin komputer menunjukkan 4.39 PAGI..

Madihah masih lena dalam ruang bilik solat yang terhad dan agak hangaaattt..

Ayah sendiri dalam kesenggukan.. Menaip patah kata dengan penuh kepayahan..

Ibu pula masih asyik dengan kerjanya.. Ntah biler AKAN HABIS timbunan kertas atas meja..

Maka itu lah puncanya ayah dan Madihah TERDAMPAR di sini.. Di opis ibu sehingga ke subuh hari..

Demi memburu cita.. Pengorbanan sudah bermula.. AZam dan tekad tersemat rapi...

Ya Allah makbulkanlah impian kami.. Ameenn...

JoMMM BaLLEEKKKKKK!!!!

Monday, November 1, 2010

Monday, April 19, 2010

:: Cat infectious diseases ::

Salam.. Just additional explanation on FIP/FIV/FeLV.. For those yang bela kucing.. Protect your pet from strangers ya!!

Many outdoor cats can contract infections and diseases due to a environmental conditions and contact with other infected cats. Feline Immunodeficiency Virus (FIV), Feline Leukemia Virus (FeLV or FLeuk) and Feline Infectious Peritonitis (FIP) are three common viruses that cats can contract. None of these viruses can be transmitted to humans or any other animals besides cats.

Currently, many of these medical conditions are not well understood and while an infected cat may become ill, many such cats survive for many years. In a safe, indoor environment, with good nutrition and care, these cats often have a good chance of leading a long, good quality life.

It is recommended that infected cats be kept as "only" cats, or with other cats carrying the same disease. This helps prevent spread of the virus (and possible illness) to other cats that are not already infected.

=============================

Sunday, April 18, 2010

:: JiMMY Kau Pergi Jua ::

Salam.. Dah lama ayah xmenulis di sini.. Banyak peristiwa yang terjadi cuma susah betul jari jemari ni menaip patah-patah rasa..

JimMy.. Pertengahan Mac yang lalu ayah hantar p klinik sebab nampak ada selaput mata.. macam sakit mata.. Alih2 lepas doktor buat test, hemoglobin (Sel darah merah) dia kurang sangat berbanding dengan darah putih.. Kalau manusia macam dh kene leukimia.. Dia pun mmg nampak weak n depress..

Jimmy kene tahan ward utk futher blood test.. Dan sebenarnya menurut doktor.. Jimmy dah kene Fiv, Felv dan Fip - 3 infection skaligus!!! Terjangkit dari kucing lain yang penah gaduh dgn dia.. Dan akibatnya Jimmy kehilangan imuniti utk melawan penyakit.. Mcm manusia yg kene AIDS.. Cuma doktor kata those viruses cannot be transmitted to human at all.. Rasa kelu lidah sewaktu ayah terima result tu.. Airmata mula berlinang bila doktor kata Jimmy boleh hidup paling lama pun 6 bulan...

Sejak tu dunia Jimmy hanya terhad di dalam rumah dan sangkar jer.. Di samping perlu makan ubat 2 biji setiap hari untuk memanjangkan tempoh hayat dia.. Jimmy semakin senyap dan kurang aktif.. Dan yang paling ketara, kian kurus sebab xada selera makan..

Dua minggu lepas ayah nampak ada perubahan.. Mata dia kembali bulat dan bersinar dulu.. Cuma makan masih xmahu.. Dah macam2 brand n flavor yang ayah cuba.. Semuanya xmampu mengembalikan selera Jimmy sedang kan dulu sampai 2 kali bubuh dalam mangkuk baru cukup untuk dia..

Malam tadi dia ada baring sambil letak kepala atas kaki ayah.. Beberapa hari sebelum ni dia ada baring atas dada ibu.... Kebiasaan yang dia sering buat ketika Madihah belum hadir dulu.. Sempat makan durian.. Dan Frieskis perisa Gourmet yang memang paberet dia sejak kecik..

Pagi tadi.. Dia sempat round kat luar rumah.. Dalam pukul 11 ibu menjerit panggil ayah.. Jimmy kat dapur separuh terbaring dari kepala ke badan sedangkan kaki dan ekor terjulur xmampu bergerak.. Mengiaw2.. Rupa2nya dia dh terbuang air besar tapi sebahagian kaki seolah2 lumpuh dan kaku..

Ayah angkat dah bersihkan dia di dalam bilik air sambil ibu siapkan bakul dgn timbunan kain untuk dia berehat.. Lepas ibu pangku dia seketika dia melonjak2 seperti menahan sakit yang amat.. Hati ayah berdetik mengatakan masa yang dijanjikan hampir tiba..

Kami tinggalkan Jimmy di dalam bakul.. Tak sampai hati melihat dia menahan sakit.. Sesekali ibu dan ayah menjenguk sambil menggosok2 kepala dia.. Jimmy berbunyi2 sambil mengeroh seolah2 memberitahu kami.. Ibu.. Ayah.. Jimmy dah nak pergi.. Dan bila sekali lagi ibu memanggil ayah, Jimmy dah pun pergi menemui penciptanya..

Sesungguhnya kami redho dan pasrah atas pemergian mu.. Dulu kau hadir sewaktu kami kehilangan.. Menjadi teman suka dan duka.. Panas dan dinginnya cuaca rumahtangga.. Sehingga kehilangan telah diganti.. Kau akhirnya pergi mengundur diri.. Bersemadilah dengan aman sayang..

Jimmy..
Durian.. Mangga.. Air yang meleleh segar dari paip.. Gigitan manja..
Berebut tempat tidur.. Si manja yang penakut tidak boleh tidur sendiri..
Si peneman yang setia di kala sunyi..

Dan semuanya tetap abadi dalam kenangan ayah dan ibu..
Madihah dan adik2 pun pasti akan tahu cerita tentang dirimu..
Sesungguhnya hari2 mendatang kami pasti merindu..

Terima kasih atas segala budi..
Maafi segala silap dan salah..
Damailah kau di sana..
Insya Allah di syurga nanti kita bersua semula..

~ JiMMy d HenSEM Cat September 2007 - 18 April 2010 ~

Monday, January 11, 2010

:: The Sweetest Princess.. ::

Salam..

Saja nak publish gambo ni.. Beso la pulak topi Madihah yang ibu beli ni..

Alamak dah macam MUSHROOM la pulak.. Hehe..

Jangan nangis ye Madihah ayah gurau je.. Comei apa..

Thursday, January 7, 2010

:: Baby Stroller - From Tok Ma ::

Salam..

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah s.w.t kedua org tua tercinta - Ma & Abah selamat pulang dari Tanah Suci Mekah pada malam Selasa 29/12/09 yang lalu..

Hari Sabtunya Ma mengajak kami ke Manjaku di Kajang sebab nak tunaikan janjinya belikan baby Madihah - STROLLER!!

Setelah puas Tok Ma, ayah, ibu, Cik Ngah dan Cik Ameera memilih2.. Inilah yang telah tersurat menjadi stroller baby Madihah.. Cantik tu.. Kalau bajet sendiri.. Lama nak kumpul duit..

Pandangan Hadapan..


Pandangan sisi...

Uikksss.. Ada orang laa.. Sapa tu??.. Madihah la ayah.. hehe..

Terima kasih dari Yong, Zu dan Madihah buat Mama.. Luv u!!

:: Berbaloi tak?? ::

Salam..

Saja ayah nak membebel kat cni.. Ada satu food stall dekat Alamanda Putrajaya, ptg tadi ayah makan Bihun Cury around RM 5.90.. Kira ok la tu kan..

Tapi biler ayah ke satu lagi food stall just to add few things to eat with my bihun curry - and eventually, INI JER yang ayah amik:



You know wat, cashier tu charge ayah - RM 6.40!!

Are you nuts??!!!! Giler ke haper.. Terkesima ayah dibuatnya..

Apa blh buat, bayor jer ler.. Berbaloi2 ker??..

:: SeLAMAT TaHUn BaRU!! - 2010 ::

Salam..

Uiks2 sedar xsedar dah tukar tahun rupanyer.. Lama betul dh tak singgah kat blog sendiri..


Apa2 pun ayah nak ucapkan:



- SELaMaT TaHuN BaRU 2010!! -


Semoga tahun baru ini akan memberi kita semangat dan keazaman untuk menjadi lebih baik.. Sesungguhnya manusia yang beruntung adalah yang selalu berusaha menjadikan hari esoknya lebih baik dari hari ini dan semalam..


Daaaa....