Sunday, April 18, 2010

:: JiMMY Kau Pergi Jua ::

Salam.. Dah lama ayah xmenulis di sini.. Banyak peristiwa yang terjadi cuma susah betul jari jemari ni menaip patah-patah rasa..

JimMy.. Pertengahan Mac yang lalu ayah hantar p klinik sebab nampak ada selaput mata.. macam sakit mata.. Alih2 lepas doktor buat test, hemoglobin (Sel darah merah) dia kurang sangat berbanding dengan darah putih.. Kalau manusia macam dh kene leukimia.. Dia pun mmg nampak weak n depress..

Jimmy kene tahan ward utk futher blood test.. Dan sebenarnya menurut doktor.. Jimmy dah kene Fiv, Felv dan Fip - 3 infection skaligus!!! Terjangkit dari kucing lain yang penah gaduh dgn dia.. Dan akibatnya Jimmy kehilangan imuniti utk melawan penyakit.. Mcm manusia yg kene AIDS.. Cuma doktor kata those viruses cannot be transmitted to human at all.. Rasa kelu lidah sewaktu ayah terima result tu.. Airmata mula berlinang bila doktor kata Jimmy boleh hidup paling lama pun 6 bulan...

Sejak tu dunia Jimmy hanya terhad di dalam rumah dan sangkar jer.. Di samping perlu makan ubat 2 biji setiap hari untuk memanjangkan tempoh hayat dia.. Jimmy semakin senyap dan kurang aktif.. Dan yang paling ketara, kian kurus sebab xada selera makan..

Dua minggu lepas ayah nampak ada perubahan.. Mata dia kembali bulat dan bersinar dulu.. Cuma makan masih xmahu.. Dah macam2 brand n flavor yang ayah cuba.. Semuanya xmampu mengembalikan selera Jimmy sedang kan dulu sampai 2 kali bubuh dalam mangkuk baru cukup untuk dia..

Malam tadi dia ada baring sambil letak kepala atas kaki ayah.. Beberapa hari sebelum ni dia ada baring atas dada ibu.... Kebiasaan yang dia sering buat ketika Madihah belum hadir dulu.. Sempat makan durian.. Dan Frieskis perisa Gourmet yang memang paberet dia sejak kecik..

Pagi tadi.. Dia sempat round kat luar rumah.. Dalam pukul 11 ibu menjerit panggil ayah.. Jimmy kat dapur separuh terbaring dari kepala ke badan sedangkan kaki dan ekor terjulur xmampu bergerak.. Mengiaw2.. Rupa2nya dia dh terbuang air besar tapi sebahagian kaki seolah2 lumpuh dan kaku..

Ayah angkat dah bersihkan dia di dalam bilik air sambil ibu siapkan bakul dgn timbunan kain untuk dia berehat.. Lepas ibu pangku dia seketika dia melonjak2 seperti menahan sakit yang amat.. Hati ayah berdetik mengatakan masa yang dijanjikan hampir tiba..

Kami tinggalkan Jimmy di dalam bakul.. Tak sampai hati melihat dia menahan sakit.. Sesekali ibu dan ayah menjenguk sambil menggosok2 kepala dia.. Jimmy berbunyi2 sambil mengeroh seolah2 memberitahu kami.. Ibu.. Ayah.. Jimmy dah nak pergi.. Dan bila sekali lagi ibu memanggil ayah, Jimmy dah pun pergi menemui penciptanya..

Sesungguhnya kami redho dan pasrah atas pemergian mu.. Dulu kau hadir sewaktu kami kehilangan.. Menjadi teman suka dan duka.. Panas dan dinginnya cuaca rumahtangga.. Sehingga kehilangan telah diganti.. Kau akhirnya pergi mengundur diri.. Bersemadilah dengan aman sayang..

Jimmy..
Durian.. Mangga.. Air yang meleleh segar dari paip.. Gigitan manja..
Berebut tempat tidur.. Si manja yang penakut tidak boleh tidur sendiri..
Si peneman yang setia di kala sunyi..

Dan semuanya tetap abadi dalam kenangan ayah dan ibu..
Madihah dan adik2 pun pasti akan tahu cerita tentang dirimu..
Sesungguhnya hari2 mendatang kami pasti merindu..

Terima kasih atas segala budi..
Maafi segala silap dan salah..
Damailah kau di sana..
Insya Allah di syurga nanti kita bersua semula..

~ JiMMy d HenSEM Cat September 2007 - 18 April 2010 ~

3 comments:

  1. Kau pergi jua...setelah cintaku kini membara....

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=fODt1hcCXoU&feature=related

    ReplyDelete