Wednesday, November 10, 2010

Al Fatihah - Wan Suria Wan Junit (Su) 15/01/1981-28/10/2010

Salam.. Kalau tahun sudah Arwah Ila telah meninggalkan Meor dan kami semua.. Kini seperti yang tertulis di Loh Mahfuz, sahabat ayah, Saudari Wan Suria atau Su pula yang pulang ke hadrat penciptaNya..

Lama dah sebenarnya kami xberjumpa.. Last skali kalu seingat ayah kami bertemu di Sogo pada bulan puasa tahun 2008.. Itupun sekadar seketika kerana keadaan yang begitu sesak dgn ummat manusia yang sedang membuat persiapan raya..

Baru beberapa hari sebelum itu ayah ada bersembang2 dgn ibu mengenai Su dan keluarga yang sepi tanpa berita.. Terdetik juga di dalam hati untuk bertemu mereka tambahan pula Zam dan anak2 arwah tidak pernah berjumpa Madihah..

Ketentuan Allah mengatasi segalanya.. Pagi Khamis (28/10/10), Su telah kembali pada Yang Esa.. Masjid Bukit Aman menjadi tempat pertemuan terakhir kami.. Biarpun sekadar menatap tubuh yang kaku, tapi ayah bersyukur setidak2nya sempat jua menziarahi jenazah arwah.. Airmata xmampu ayah tahan apatah lagi melihat wajah sayu putera dan puteri yang masih kecil ditinggalkan.. Pakcik doakan agar kalian jadi anak yang soleh dan solehah.. Relakanlah pemergian ibu mu kerna di sisi masih ada ayah mu yang begitu baik akhlak dan tingkah lakunya menemani kalian menghadapi dugaan dan fitnah dunia..

Buat Zam, bersabarlah dalam menghadapi ujian ini.. Insya Allah, kita doakan arwah ditempatkan bersama para solehin dan semoga di Jannah tempat kita semua bertemu semula..

Ya Allah pada Mu tempat kami kembali.. Ampunilah dosa2 kami.. Golongkanlah kami di dalam kumpulan hamba yang Kau rahmati dan kasihi.. Ameeenn..
Al Fatihah Buat Allahyarhamah Wan Suria Bt. Wan Junit
15 Jan. 1981 ~ 28 Okt. 2010

No comments:

Post a Comment