Tuesday, August 4, 2009

Abg Sakit..

Salam.. Agak lama juga ayah2B xwat entry.. Tak sempat.. Keterbatasan waktu sangat ayah2B rasai.. Banyak lagi yg ayah2B perlu pelajari - bagaimana nak menguruskan masa dgn berkesan.. Sesungguhnya masa yg berlalu pergi takkan kembali..

Semalam masa ayah2B di opis, ibu2B telifon beritahu Abg Junaidi (Brother-In-Law a.k.a BIL) tak sihat.. Kakak sms srh kami lawat abg.. Infact mak pun dh beli tiket utk ke Shah Alam malamnya..

Kalau ikutkan minggu ni ayah2B kene stay back, byk keje yg pending and minggu depan kene attend kursus pulak seminggu.. Tapi memikirkan keluarga, ayah2B balik juga dalam pukul 7 pm..

Sampai di rumah abang dalam pukul 8.30 pm.. Sayu ayah2B rasa biler melihat keadaan abg.. Lemah sgt, jgn kata nak bangun atau makan.. Nak bercakap sepatah pun susah.. Dia dah dua kali ke klinik tapi xada efek pun.. So kami decide nak bawa abg gi checkup di Selangor Medical Center (SMC)..

Sampai sana org punya la ramai, macam hospital baru bukak pukul 8 pagi tu.. Lepas daftar abang rehat dalam kereta.. Tak sampai hati takut abg kene tunggu lama, kami menuju ke Salam Medical Center pula.. Rupanya2 hospital ni tgh vaccinate the whole building sebab ada kes H1N1 kat ctu.. Kami pun berlalu pergi..

Seterusnya kami ke Darul Ehsan Medical Center (DEMC).. Nothing change.. Patient cukup ramai.. Mereka cdgkan kami hantar abg ke Subang Jaya Medical Center (SJMC).. Biler call SJMC, mereka kata paling awal pesakit akan terima rawatan adalah dlm masa 2 jam!!.. ayah2B cukup pelik kenapa malam ni pesakit sgt ramai.. Musim agaknya..

Atlast balik semula ke SMC, nasib baik tadi tak cancel registration.. Setengah jam lepas tu baru abg dipanggil untuk rawatan.. Doktor amik darah n masukkan air.. Kami disuruh datang semula selepas pukul 12.30 malam.. Sementara tu ayah2B pun bawa semua ke restoren dulu utk mengisi perut yg keroncong..

Dalam pukul 1.30 pagi, doktor di SMC bagi reference letter utk masukkan abg ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.. Kami terus menuju ke hospital berkenaan..

Di HTAR, ayah2B turunkan abg and yang lain2 di unit kecemasan.. Keadaan yg sama, pesakit cukup ramai.. Ya Allah hentikan lah musibah H1N1 ini.. Abg dimasukkan ke unit merah (kritikal tapi under control).. Kalau hijau tu xtremly critical..

Di tempat parking ayah2B lihat GAGAKZ everywhere.. Bergentayangan di atas pokok.. Ingat 1 pokok jer rupanya pokoks-pokoks!!.. Sambil bunyi ark.. ark.. ark.. Pastu berak atas keta org.. Saboo jer la..

Tambah lagi sadis.. SMC lupa nak enclose result blood test abg.. So HTAR kene ulang test pulak.. Isk2 macam dugaan..

Result shows that glucose level in blood abg is xtremely high.. Abg also has sore throat which might infected his lung.. Sebab tu dia sesak nafas.. Abg kene tahan di wad until gula turun and he become stronger..

Kami tinggalkan abg di wad dan terus pulang ke rumah abg di seksyen 17.. Kebetulan mak pun dah sampai.. Sembang seketika dgn mak.. Lepas tu kami bertolak pulang ke rumah dan sampai sekitar jam 6 pagi.. Semoga abg beransur sembuh..

Kita bukan selamanya sihat.. Senantiasa kaya.. Pasti suatu hari sakit akan kita rasai.. Mudah2an Alah beri kekuatan kepada kita utk saling menolong sesama insan.. Ikhlas dan tulus keranaNya.. Aminn..

No comments:

Post a Comment