Tuesday, March 1, 2011

:: AYAHANDA kini BERSARA::

Assalamualaikum wbt..

Sengaja ayah selitkan kisah beliau di sini.. Oleh kerana ayah amat mengagumi beliau kerana kelembutan tutur kata dan budi bahasanya mengatasi apa jua amarah yang datang..

Memang ayah akui kadang2 sifatnya yang sebegitu kelihatan orang lain mudah mengambil kesempatan di atas kebaikkan dan ketulusan beliau.. Akhirnya yang jadi mangsa - kami anak2 buah beliau yang xmenang tangan menerima tugas yg beribu-ribu lemon itu..

Pada beliau - mudah jer, biarlah makhluk di sekeliling tidak menghargai apa yang kami buat, yang penting ORANG ATAS tau (teringat masa Sis Nuni tanya - orang atas mana?? Hehe very der lurus gittew..).. Lillahitaala.. Hanya Allah sebaik2 pemberi balasan..

Semoga beliau dikurniakan Allah kesihatan, dilimpahkan rezki, dianugerahkan kesejahteraan dunia dan akhirat.. Tanpa ihsan beliau maybe dah lama ayah kene buang kerja sebab masalah sering terlelap xtentu pasal.. Asyik2 nk shut down jer.. Isk2.. Jgn la tahun ni tambah kronik.. Kengkawan sekeliling kata this year dh improve very much..

Sayonara Tn Hj Harun B. Othman @ Ayahanda.. Kenangan lima tahun bersama mu akan tersemat di hati wat selamanya..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Andai ada umur yang panjang,
Insya Allah kita akan berjumpa lagi...

1 comment:

  1. oikkkk..hahaha..otak saya masa tu fikir kan ptd-ptd di atas sana nun tetambah plak fikir bestpren kakak awak tu

    ReplyDelete