Monday, August 15, 2011

The Worst Week (M2)

Assalamualaikum wbt..

Ikutkan hati, malas rasanya ayah nak wat entry utk minggu 2 ni.. Tapi itu la hakikatnya..

Alasan :
- Ada 3 buffet which is compulsory to attend.. Royal Chulan, Marriot n JM Beriani.. Dh cuba makan seminima mungkin.. Tapi overdose yg terkawal.. Haha..

Reports 4 M2:
**Miss Jus mate for 3 days.. So 4/7..
**Berat latest - 118.4 kgs - Lost only 0.7 kgs compared to last week.. Hua.. Hua.. Trukzz nya..

Common.. Xblh give up.. Chaiyyok..

Target next week:
~ Jus mate for every sahur..
~ To lost another 3kgs.. Looks realistic kan..

Stil hope, by 4th Sept 2011 - 110 kgs..

Ibu muncung semlm.. Gara2 Madihah panggil dia WAK2.. Memang la ayah salah sebab aldis while panggil ibu 'AWAK' - 'AWAK'..

Nanti ayah panggil ibu - 'IBU' kay.. Tapi kalau Madihah panggil BU2.. Jangan muncung pulaks.. Haahaa..

Wednesday, August 10, 2011

Gangguan..

Assalamualaikum wbt..

Banyak sungguh dugaan dan cabaran minggu ke2 ramadhan a.k.a bulan diet ni..

Semalam buffet opis di Marriot.. Kemalrin buffet opis ibu di Royal Chulan..

Udahnye camner ngan diet ayah ni.. Boleh ke xcuse minggu ni.. Huhu..

Kita tgk la hasil timbangan nanti..

Rekod baru:

**Sepanjang 10 hari bpuasa kami belum pernah ke mana2 bazar ramadhan pun.. Pelik tapi benar..

**Dapat separuh bulan bonus.. Alhamdulillah.. Blh topup belanja.. Buat ibu, mekasih sbb share rezki yg ibu dapat.. Bantuan yg ibu berikan, Allah saja yg layak membalasnya..


Takziah buat Kak Mazni kerana pemergian ibu tercinta pada Sabtu - 6 Julai 2011 yang lalu.. Moga Allah mengampun segala dosanya dan semoga rohnya ditempatkan bersama para solehah..

Pengajaran buat ayah - Berbaktilah dan sayangi lah ibu sementara hayatnya masih ada..

Monday, August 8, 2011

Seminggu Sudah (M1)..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. Seminggu sudah kita berpuasa.. Semoga ibadah kita diterima Allah swt..

Terasa pantasnya masa.. Bergerak tanpa henti.. Masih banyak yang belum selesai.. Baik soal kerja, keluarga, mahupun bisnes tart yg ibu cuba2 tahun ni.. Harap2 semuanya dapat diselesaikan satu demi satu tanpa mengganggu gugah amalan yang wajib.. Kene juga curi kesempatan untuk melaksanakan yg sunat.. Ganjaran ramadhan rugi jika dibiar berlalu..

Laporan untuk M1:
* Jus mate menjadi hidangan wajib untuk sahur - Termiss sekali so 6/7
* Berat terkini 119.1 kg - 3 kgs dh hilang.. Not so impressive.. But rather than nothing..

Target for M2:
* Jus mate for every sahur
* Hilang another 4 kgs ~Risau juga tak tcapai since minggu ni ada buffet tempat keje ibu..

Target by 4 September 2011 - 110 kg..

Madihah amat aktif tak mengira waktu.. Berbuka atau terawih di masjid.. Dah macam taska dah ruang kanak2 dkt masjid tu.. Peramah betul anak ayah ni.. Huhu.. Nasib sahur dia tak join..

Stakat tu dulu.. Daa..

Monday, August 1, 2011

Cuba Bermula..

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya Ramadhan bulan yg mulia yg penuh dgn keberkatan menjengah lagi..

Syukur pd Allah sbb kita masih bnyawa.. Masih punya waktu dan peluang utk meraih ganjaran Ramadhan..

Smoga ibadah kali ini lebih baik dari yg dahulu..

Semalam ayah timbang..

Bacaaan menunjukkan.... 122.8kg

Sungguh xku sangka.. Ingtkan dlm belas2 jer.. Kwang2..

Insya Allah cuba yg terbaik di bulan yg mulia ni.. Diikuti dgn Pertandingan yang akan bermula pada Minggu ke 2 Syawal..

Nerbes..

Slamat bpuasa buat semua muslimin dan muslimat.. Mudah-mudahan magfirah dan keredhoan Allah mjadi milik kita!

Daaa...

Friday, March 4, 2011

::Madihah Dgn Aksinya::

Assalamualaikum wbt..

Lagi foto2 mengenai buah hati ayah ni.. Sebenarnya banyak lagi dalam htc ayah tu (kene mention juga HTC sbb ramai sgt pengguna iPhone berlagakz dgn Android.. Hehe) tapi belum sempat ditransfer lagi..

Macam2 gaya dia nih..

Uikss makcik mana ni..

Lari2 ayah dh jadi monster.. **Habih satu kedai tudung dia blari - Semput denn..

Tu dia.. Ni baru anak ayah.. baru setahun setengah dah studi SPM..
Baru nak belajar pusing stereng..

Kadang2 geram pun ada.. Tapi nak marah xjadi gelak pulak yg kuar.. Skali skala kene cubit n babab juga Madihah ni.. Bukan xsayang tapi sebab ayah nak baby jadi orang..

Sebenarnya dah ramai tanya soalan cepu emas - Biler Madihah nak dapat adik ni??...

Bagi ayah dan ibu, jawapannya senang - ONDWAY!!.. Hehe.. Ingat senang ka..

Daa..

Wednesday, March 2, 2011

::Projek Merampingkan Badan::

Assalamualaikum wbt..

Hmm.. Beratnya rasa ayah nak wat entry psl projek kali ni.. Kira untuk 2011 ni, inilah projek mega yang ayah perlu realisasikan..

Teruja nak kembali cuba merampingkan badan bila baca http://www.taknakgemuk.com/ seperti mana yang disyorkan oleh SIs Nuni..

Perincian tentang projek - saiz terkini dan saiz sasaran - metodologi akan ayah perihalkan dalam entry yang akan datang..

Rasanya nak cuba guna Kaedah Atkins Diet seperti yang dah dicuba oleh adik penulis blog di atas.. Tapi ayah akan modify sedikit mengikut daya umur ayah skang ni.. Dah tua dh oii..

Tunggu ya.. Doakan semoga ayah bersemangat waja.. Hehe..

Uwwwww........ No..

Tuesday, March 1, 2011

:: AYAHANDA kini BERSARA::

Assalamualaikum wbt..

Sengaja ayah selitkan kisah beliau di sini.. Oleh kerana ayah amat mengagumi beliau kerana kelembutan tutur kata dan budi bahasanya mengatasi apa jua amarah yang datang..

Memang ayah akui kadang2 sifatnya yang sebegitu kelihatan orang lain mudah mengambil kesempatan di atas kebaikkan dan ketulusan beliau.. Akhirnya yang jadi mangsa - kami anak2 buah beliau yang xmenang tangan menerima tugas yg beribu-ribu lemon itu..

Pada beliau - mudah jer, biarlah makhluk di sekeliling tidak menghargai apa yang kami buat, yang penting ORANG ATAS tau (teringat masa Sis Nuni tanya - orang atas mana?? Hehe very der lurus gittew..).. Lillahitaala.. Hanya Allah sebaik2 pemberi balasan..

Semoga beliau dikurniakan Allah kesihatan, dilimpahkan rezki, dianugerahkan kesejahteraan dunia dan akhirat.. Tanpa ihsan beliau maybe dah lama ayah kene buang kerja sebab masalah sering terlelap xtentu pasal.. Asyik2 nk shut down jer.. Isk2.. Jgn la tahun ni tambah kronik.. Kengkawan sekeliling kata this year dh improve very much..

Sayonara Tn Hj Harun B. Othman @ Ayahanda.. Kenangan lima tahun bersama mu akan tersemat di hati wat selamanya..

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Andai ada umur yang panjang,
Insya Allah kita akan berjumpa lagi...

::Madihah in Actions::

Assalamualaikum wbt..

Sesungguhnya dikaulah buah hati ayah dan ibu.. Dan kalau Unc. Jimmy masih hidup, tentu dia seronok bermain bsama2 mu..

Lets see Madihah's recent actions..

Hah tengah aim - pin mana yg nak kene baling.. Jangan baling orang udah..

Here we go.. Get set..

Balingggggg!!!!!!!

Yey.. Yey.. Aloo longkang lagi..

Hehe.. Latihan peringkat awal.. Nak ganti Shalin tu.. Chaiyok baby!

Monday, February 21, 2011

::Madihah dan Hen Bag::

Assalamualaikum wbt..

Sekian lama mengidam dan sering kali mencari peluang untuk menggals henbeg ibu, Madihah akhirnya dapat henbeg sendiri semalam..

Kami ke Cheras, mencari permainan Happy Ball Madihah yang telah rosak.. Singgah sebentar di Econ Save - Ada satu stall yg jual beg budak2.. Ibu singgah-pilih-berkenan dan beli la.. Mahal tu harga henbeg Madihah - RM 8.50.. Haha..


Lihat la Henbeg ku yg PINK ini.. Canteek kan..

Budak-budak skang mmg very der advance.. Hmm..

Monday, February 14, 2011

STay Back n Weekend OT

Assalamualaikum wbt.. Lama banget rasanya tak wat apa2 entry.. Payah tul nak cari idea n semangat.. Ada jer yang menghalang dan memalaskan dirri.. Hehe..
***********************************
Stay Back.. Satu aktiviti yang dah lama ayah tinggalkan.. Since Madihah lahir rasanya lebih berbaloi untuk ayah habiskan masa di rumah.. Dalam jangkamasa yang terhad - Lima hari berkerja dan kebanyakkan hujung minggu kami terisi dengan berjalan ke sana ke mari - Terlalu cepat rasanya buah hati ayah/ibu ni membesar.. Dari seorang bayi yg mulus merah kini seorang bayi senior yang cukup aktif-kuat merajuk-ada 4 batang gigi-petah dalam bahasanya sendiri.. Pantas sungguh masa berlalu..

Tuntutan kerja dek kerana penstrukturan semula seksyen ayah, menyebabkan ayah kembali ke aktiviti lalu.. Stay back kat opis.. Tapi kini dalam suasana yang berbeda.. Kalau dulu Mr Ayoi kerap menemani ayah, namun malam tu ayah keseorangan.. Mr Ayoi dah meletak jawatan demi menjadi seorang usahawan terbilang - Semoga berjaya..

Sunyi.. Kadang ternampak2 Mr Ayoi kat meja dia yang terletak berhadapan dgn meja ayah.. Secepat mungkin ayah menyiapkan kerja-Risau juga kot2 terjumpa dgn menda2 lain.. Hehe.. Tapi memang lain la stay back dulu dan skang..
***********************************
Hari Sabtu yg sudah (12/02/11) kene pula g weekend OT.. Banyak lagi kerja yang perlu dibereskan.. Nasib baik kali ni ayah dapat groupmate yang memang responsible n kerjasama yg tip top.. Sampai ke mlm juga OT ni.. Sian kat baby..

***********************************
Ayah berazam dan berdoa semoga tahun ni ayah jadi insan yang lebih baik.. Dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.. Memperbaiki segala kekurangan diri yg sedia ada.. Dan yang paling penting - Cuba BERMATA LEBAH sokmo.. Cuba elakkan BERMATA LALAT sejauh-jauhnya..

Apa pulak lebah.. Lalat ni.. Ayah terdengar motivasi pagi di IKIM.fm..

Mata Lebah - Umpama lebah, kita hanya nampak benda2 yang indah (Bunga) dan makan benda2 yang manis jer (Madu).. Bila kita lihat insan lain, kita cenderung untuk nampak kelebihan dan kebaikkan dia..

Mata Lalat - Biarpun di depan hidangan yang meyelerakan, lalat tetap cari menda2 najis dan kotor.. Makan pun menda2 xelok dan kotor.. Dalam konteks manusia, kita sering atau hanya nampak keburukan dan kelemahan orang.. Hidup pun jadi sesak dan merumitkan..

Menerima orang lain seadanya.. Tanpa syarat dan curiga.. Mudah2an hubungan yang terbina lebih ikhlas dan suci.. Bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah.. Hmm teringat pula dkt adik2 masa di Melaka dulu.. Apa khabar mereka gamaknya??...